Lanjut Beach Golf Resort, Kuala Rompin di Pahang

https://www.lanjut.my/
Selamat datang ke Lanjut Beach & Golf Resort, Kuala Rompin

Rasanya ramai yang tak tahu kat Kuala Rompin tu ada satu resort yang baru dan best. Agak terpencil, sunyi dan sangat menenangkan jiwa sebab tak sesak dengan manusia. Aku sendiri secara kebetulan sahaja dapat ke sana, ikut Pokchik ada meeting kat sana. Mula-mula aku skeptikal juga sebab aku tak pernah sampai ke Kuala Rompin ni. Selalu dengar cerita je. Jadi, first impression aku masa tu "ni mesti resort yang buruk, bosan dan mungkin berhantu..!" hahahaha.. :p

Percutian ke Kuala Rompin

Lanjut Beach & Golf Resort, Kuala Rompin

Perjalanan kami dari Sepang ke Kuala Rompin lebih kurang 6 jam. Dari Sepang ke Seremban kemudian terus ke Kuala Pilah. Cari jalan ke Sri Jempol dan seterusnya cari jalan ke Muadzam Shah. Perjalanan agak mencabar sebab laluan kecil dan banyak lori. Bila berselisih dengan lori-lori besar ni, kita kena perlahankan kereta kalau tak rasa melayang-layang. Kiri kanan jalan di temani pokok-pokok kelapa sawit sahaja. Jadi, sila pastikan petrol kereta mencukupi ye.

Sampai di Muadzam Shah, kami berhenti untuk makan tengah hari dan solat jamak Zohor-Asar. Kami singgah di Bandar Satelit Muadzam Shah. Macam bandar baru la. Aku sendiri dah berbelas tahun tak datang Muadzam Shah ni. Dulu masa belajar kat Kelantan dan Kuantan, setiap kali pergi balik ke Batu Pahat mesti lalu 'bandar cowboy' ni. Tapi sekarang Muadzam Shah dah ada Bandar Satelit. Woww sangaaatt..! :)

Dari Muadzam Shah menuju ke Kuala Rompin tu, sekali lagi perjalanan hanya di temani pokok-pokok kelapa sawit. Kalau ikutkan, lokasi Lanjut Beach Golf Resort ni sebelum sampai pekan Kuala Rompin tau. Jangan risau, banyak signboard di sediakan. InsyaAllah senang nak cari dan tak kan terlepas simpang.

Pantai Lanjut, Kuala Rompin
Pantai Lanjut, Kuala Rompin

Ketibaan Di Sambut Deruan Angin Pantai 

Sampai je resort ni, kita akan di sambut dengan deruan angin pantai yang sangat kuat. Dapat rasa resort ni memang sunyi. Hanya bunyi angin pantai dan deruan ombak yang kedengaran. Mungkin kebetulan masa kami datang tu guest tak ramai. Team Pokchik yang datang meeting kat situ dalam lingkungan 20 orang sahaja. Ada yang datang sendiri dan ada yang datang bawa family. Jadi cuma kami 20 ke 30 orang sahaja kat resort tu sepanjang 3 hari 2 malam. Heaven..!! hahahahaa. Dan ya, resort ni masih baru. Mungkin baru beberapa tahun beroperasi. Tak nampak menyeramkan malah nampak ringkas dan moden.

Mulanya kami dapat bilik Twin Single Bed. Harga bilik (government rate) untuk bilik tu RM180 tapi sebab kami nak upgrade ke bilik Super Queen Bed, jadi kami kena tambah duit sendiri. Total harga bilik RM250 satu malam siap termasuk breakfast for two person. Okey lah kan. Dua malam baru RM500, di tambah dapat pula bilik menghadap pantai :)

accomodation at Lanjut Beach & Resort, Kuala Rompin
bilik kami - super queen bed

Tarikan Utama Lanjut Beach & Golf Resort

Jujur cakap tak ada apa-apa tarikan utama pun kat situ. Hanya resort tepi pantai yang ada padang golf dan swimming pool bapak besar dan luas..! hahahaha. Tapi pantai kat situ tak boleh mandi ye, harap maklum. Laut lepas yang ombaknya mengganas. Pasir pantai pun tak cantik putih bersih. Pantai Lanjut tu memang nampak menggerunkan sikit sebab ombaknya kuat dan airnya keruh. Setakat nak main-main tepi gigi air, basah-basahkan kaki boleh lah. Dan untuk snap picture sunset dan sunrise, boleh lahh.. cantik juga.. :)

kalau dapat bilik menghadap swimming pool pun best kan..!

giant size swimming pool

Swimming pool memang superb..! bersih dan luas. Kalau kau kaki berenang kuak lentang, memang puas la kau marathon dalam swimming pool tu. Kalau tak silap aku, malam-malam pun boleh mandi kalau nak tapi setakat dua malam aku kat situ tak ada pula nampak orang mandi. Jangan risau swimming pool situ memang bersih dan terjaga. Swimming pool untuk kanak-kanak pun luas dan bersih. Siap ada gelongsor mini dan air pancut ala manja-manja. Kalau bawa anak-anak memang berbaloi lepaskan diaorang mandi kat situ.

Kuala Rompin Bandar Udang Galah

Sebelah malam, di sebabkan Pokchik tak ada meeting maka kami saja jalan-jalan ke pekan Kuala Rompin sambil mencari destinasi makan malam. Perjalanan agak jauh dan sunyi sebab melalui jalan kampung. Seronok la juga dapat tengok suasana malam orang-orang Kuala Rompin. Tapi walaupun Kuala Rompin terkenal sebagai bandar udang galah, tak ada pula aku jumpa mana-mana gerai makan seafood (specialty udang galah) yang menarik atau nampak mengujakan.

Jadi kami cuma makan malam di kedai makan ala western. Boleh lah, asalkan perut kenyang. Pekan Kuala Rompin ni lebih kurang 'cowboy' macam pekan Muadzam Shah juga cuma sebab Kuala Rompin ni adalah pusat pentadbiran daerah jadi 'hidup' la sikit suasana kat situ. Kalau datang sebelah siang mungkin nampak lebih sibuk.

Cafe tempat sarapan pagi ni bersebelahan swimming pool

Percutian Yang Merehatkan 

Keseluruhan bagi aku percutian 3 hari 2 malam aku kat Lanjut Beach & Golf Resort, Kuala Rompin ni memuaskan hati juga la. Sepanjang hari aku habiskan masa berehat di bilik sambil habiskan bacaan buku yang dah lama tertangguh. Sambil-sambil tu tonton tv sahaja. Cuaca sangat panas, kena pula bilik tepi pantai kan. Bahang lain macam. Jadi memang aku duduk dalam bilik je sorang-sorang and pasang aircond sejuk-sejuk sementara Pokchik ber'meeting' dari pagi sampai petang. Keadaan bilik memang tip-top.. bersih, praktikal dan super selesa..!

Makan tengahari pun order room service je. Aku order set Nasi Beriani Kambing percuma air sirap bandung (harga RM23). Tapi rasa dia langsung tak macam nasi beriani.. hahahahaa..! tapi alhamdulillah kenyang sebab portion banyak gila. Sesuai la dengan harga :p Pilihan menu breakfast buffet pun biasa-biasa sahaja, tak ada yang memukau sangat tapi rasa sedap la, boleh tahan. Standard hotel punya kan :)

So, kalau korang bercadang nak bercuti ke tempat yang jauuuuuhhhh daripada kesesakan manusia, mungkin Lanjut Beach & Golf Resort ni boleh dipertimbangkan. Terutama bagi mereka yang selalu melalui jalan Johor-Pahang, balik kampung sendiri ke atau balik kampung mertua, mungkin korang boleh singgah Kuala Rompin dan cari Lanjut resort ni. Bawa anak-anak dan keluarga stay satu malam kat Lanjut resort ni sambil rehatkan badan dan tenangkan fikiran. Anak-anak kau lepaskan je mandi kat swimming pool. Confirm diaorang suka dan puas hati..! :)

Dan kalau korang nak buat team building, mesyuarat bahagian/jabatan atau kalau nak buat family day pun sesuai kot kat sini sebab fasiliti yang di sediakan memang mantop dan ada standard. Siap ada ballroom besar giler tau. Senang nak buat seminar atau konvensyen. Maklumat lanjut, sila ke website mereka ni :


Apapun, terima kasih Lanjut Beach & Golf Resort atas hospitality yang memuaskan. Semoga berjumpa lagi di lain masa bila ada rezeki yang lain pula.

apa yang menarik di Kuala Rompin
nak romantis lagi boleh main buai sambil nyanyi lagu baby pian dan tunggu matahari terbenam.. auuwww..!!



...

spacer

AJL33 | Sampai Bila, Bunga dan Haram

Anugerah Juara Lagu Ke-33 | 3 Februari 2019

Antara AJL yang paling best dan memuaskan hati aku. Tengok barisan finalis je dah berdebar-debar. Malam yang menjanjikan kejutan dan keterujaan. Akhirnya terjawab segala debaran, lagu Haram di angkat menjadi juara. Tahniah Hael Husaini, Ezra Kong dan Dayang Nurfaizah. Sama macam lagu Jampi yang menjadi juara tahun lepas, lagu Haram juga bukan kegemaran aku. Tapi aku boleh faham dan boleh terima kenapa lagi Haram menang. Lagu Haram memang lagu 'masa depan' bukan terikut-ikut lagu ala 90-an. 

Sedangkan lagu-lagu yang aku minat semua lagu masa silam. Masuk dengan jiwa aku kononnya. Tapi mungkin benar juga orang kata, jiwa sentimental macam aku memang selalu hidup dalam masa silam. Stuck tak boleh move on..! (tiberrrrrr je kau kannn.....)


Ya, seperti ramai tahu aku #TeamSampaiBila dan memang harap-harap sangat Sampai Bila dapat jadi Juara AJL33 tapi kecewa cuma 'sangkut' di tempat ketiga. Tertanya-tanya juga di mana silapnya sedangkan lagu Bunga walaupun power tapi tidaklah se'power' Sampai Bila. Tapi itu ikut telinga aku lah. Telinga juri tentunya berbeza dan ya, juri tak menilai ikut apa dia dengar je.. betul tak? So, ya.. terima lah dengan hati terbuka. Tempat kedua untuk Bunga dan Sampai Bila di beri tempat ketiga. 

Sebelum malam final AJL33, aku target Sampai Bila (Misha Omar) jadi juara, Semakin (Siti Sarah) tempat kedua dan Bunga (Ara Johari) tempat ketiga tapi lepas tengok persembahan Siti Sarah, aku terpaksa dengan berat hati mengetepikan pilihan Semakin. Aku gantikan (ikut suka hati aku je) tempat Semakin tu dengan Haram atau Di Mata Mu atau Nisan Cinta (Nana x Jac) atau mungkin nak buat betul-betul kejutan, Kau Pun Sama (Syamel) pun boleh mengisi tempat kedua. Namun nampaknya tekaan aku sedikit tersasar. Takpe lah. Aku bukan nujum pak belalang pun :p

Sampai Bila Je Yang Sampai Ke Hati Aku 

Aku masih ingat kali pertama dengar teaser lagu Sampai Bila ni hati aku terus menghiba padahal baru dengar sikit. Aku tahu, Sampai Bila akan jadi lagu kegemaran aku yang seterusnya. Aku tahu Misha Omar akan deliver lagu ni dengan segala kudrat yang ada. Aku tahu lagu ni akan jadi sangat-sangat deep dan menusuk ke dalam hati aku sebab liriknya teruatama part "Dalam rindu yang tak bererti apa lagi.. biarkan aku kini sendiri.. oh pergilah dengan dia yang kau cinta.. dan tak perlu kau di sini mengungkit kesilapan.." aduhhhh.. sakit ulu hati aku.. :p  Susunan muzik untuk lagu ni pun sangat mencabar, tak percaya cuba kau nyanyi live lagu Sampai Bila ni.. silap-silap cirit color hijau..! :p


Tapi untuk persembahan malam tadi, aku sedikit kurang puas. Terutama bila Misha Omar buat 'tokok tambah' di tengah lagu. Aku punya lah risau sebab hasilnya macam tak berapa menjadi. Part ending paling merisaukan aku sebab Misha Omar mula menghiba. Aku faham dia feeling habis tapi kena ingat ya, finalis semalam ramai yang power jadi kesilapan kecil boleh mengundah padah. Ingat dulu Ning Baizura (Awan Yang Terpilu) kalah di tangan Adibah Noor hanya kerana part ending Ning Baizura menghiba dan suara dia jadi 'hilang' sekejap. Fuhhh...! Aku tak senang duduk. Aku harap sangat juri tak tolak markah Sampai Bila.

Jujurnya, aku lebih suka Sampai Bila masa separuh akhir. Garang, confient dan lebih kemas tanpa banyak ubah suai. Lagu Semakin pun sangat mantap masa separuh akhir tapi sayang tersadung sedikit di pentas final. Tapi tetap puji usaha Siti Sarah untuk buat kelainan dalam Semakin di final. Bukan senang nak bawa lagu tu apatah lagi Siti Sarah tak ada pengalaman di pentas akhir AJL. Bagi aku lagu Semakin tetap power yang versi original dalam kaset (wujud lagi ke kaset...? dengggg...)

Aku sebak masa lagu Luluh bukan sebab persembahan Khai Bahar hebat sangat tapi sebab kesungguhan dia. Nampak  betul pengalaman di pentas AJL sebelum ni membantu Khai tampil lebih yakin. Susunan lagu Luluh ala okestra tu sangat enak dinikmati kecuali bila Khai start buat soprano tu. Bagi aku tak perlu. Sedikit kacau. Tapi apa pun tahniah Khai Bahar tak lupa Haqiem Rusli dan Syamel juga. Mantap kau urang nih...! Next AJL buat power lagi. Sis respect budak-budak baru nak up yang berani dan kerja keras macam kau urang nih.. :)


Persembahan NanaxJac dan KhaerxAmelia tak tahu mana silap, tergelam habis. Sampai hampir dilupakan. Kesian. Padahal antara lagu yang hebat dan dijangka menang juga tu. Persembahan DeFame pula sorry cakap macam persembahan akhir tahun dak form 5. Mungkin sebab bawa lagu orang, tak boleh nak buat style sendiri sangat. Kalau DeFame bawa lagu sendiri mungkin lebih mantap. Lagu Hajat bagi aku terlalu biasa, macam tengok kat youtube je. Walaupun Hael bawa Syafinaz tapi tak ada lah suprise sangat sebab dah tahu kemampuan Syafinaz macam mana, memang power. Tapi untuk lagu Hajat tu sendiri, mcm tak ada kelainan. Aku suka Hajat yang dalam video klip sebab ada Sherry Al-Hadad.. hahahahahaa..

Persembanhan Ara Johari pula memang nampak dia cukup bersedia. Ni nama dia pengalaman membezakan guys..!! hehehehe.. pun begitu aku rasa Ara banyak play safe je, tak mencabar diri sangat kecuali part dia tarik tu lah. Kemas walau sedikit tenggelam dek muzik  dan backup singer. Untuk lagu Haram, vokal Dayang Nurfaizah berjaya menyelamatkan banyak keadaan terutama part starting tu. Low key Hael memang goyang habis. Tapi aku bukan pakar vokal, tak nak komen sangat. Yang penting aku suka part hujan tu. I'm like.... wowwww...!! terkasima beberapa minit.. gempak arr.. kau boleh bawa hujan pula atas pentas ekk.. lepas tu nyanyi pula dalam hujan tu.. Shah Rukh Khan pun tak buat gitu oiiii.. hahahahaha.. Memang showmanship power and world class.. patut la juara kan..! :)


Persembahan Kontroversi Sufian Suhaimi

Tiba lah masa yang ditunggu-tunggu, part nak komen persembahan Sufian Suhaimi ni aku macam "ehh.. perlu ke..? perlu ke..?" hahahahaha. Untuk pengetahuan korang semalam aku tidur dekat pukul 2 pagi semata-mata duk komen pasal persembahan kontroversi si Pian ni lah. Geram je aku.. hahahahahaa. Jujur cakap aku memang tak suka lagu Di Mata Mu ni sejak mula lagi, nak-nak tang lirik dia yang "dan.. tak.. seharusnya aku.. bertemu dirimu.. di dunia ini.." eeeeeeeeee.. aku tak boleh terima la lirik tu. Mana boleh cakap macam tu wehh. Semua tu aturan Allah s.w.t. kan, kita siapa nak persoalkan ketentuan Allah. Kita pula lagi pandai dari Allah ke macam mana? Serius aku memang tak leh terima lirik tu. Lepas tu ada pula lirik dia yang "buang segala.. tentang ku..." eeeeeee.. tadi kau yang tak nak jumpa dia di dunia ni konon, lepas tu kau pula yang suruh dia buang kau. Apooo..?? Kau la buang dia sebab kau yang tak leh terima qada dan qadar dan tak move on lagi. And and and.. ada juga lirik dia yang "ku sedar betapa hinanya... ku di mata mu.." ehh kau nih..!! dah sedar tu apa lagi, blah la sambil muhasabah diri. Nak berlakon konon kau sorang je mangsa dalam 'tragedi percintaan' ni dah kenapa..?? Sama-sama pilih nak bercinta kan, suka sama suka kan, alih-alih bila terputus nak rasa terhina pula. Siapa hina kau..? Kau je rasa terhina tapi letak rasa bersalah kat orang lain. Play the victim sangat kau nihh..!

Aku bukan la nak back up si El sangat. Aku pun tak setuju juga dengan tweet minah tu. Kau dah kenapa..??!! Ada suami, buat cara dah ada suami. Hormat perasaan suami tu. Walau sporting mana pun suami kau dia tetap ada perasaan, yang kau nak tweet sambil doa-doakan si Pian pula kenapa. Itu mengundang caci maki namanya..!! Dah kat Mekah tu, fokus kat ibadah je lah. Abaikan sekejap smartphone tu. Kalau ye pun nak doakan, tak payah bagitahu satu dunia. Kewajipan awak kepada suami. Pi doakan untuk suami je sudahhhhh.. huhh..!


Tapiiiiiiiii.. yang magic tu, hari ni lepas tengok beberapa ulasan netizen tentang persembahan kontroversi Sufian Suhaimi tu, aku tiba-tiba macam tersedar satu benda. Apa yang Pian buat tu sebenarnya mengenai lagu Di Mata Mu tu je. Dia nak deliver lagu tu. Lirik lagu tu pun secara metafora je katanya.. duhh..!! Dan dia ada hak nak buat macam mana pun. It's all about that song and pentas kemuncak AJL guys..!! yang kita ramai-ramai ni nak emo tak memasal kenapa...??!! hahahahahaa.. Betul juga lah, bila difikir-fikir balik aku rasa Pian dengan El steady je. Kita yang 'di luar' ni je kecoh lebih. Tak ada apa pun sebenarnya. Kenapa nak prejudis pada Pian dan El, kenapa nak jadi batu api melaga-lagakan diaorang lagi. Kenapa suka tengok diaorang berbalas-balas statement..??!! lepas tu kita ramai-ramai tepuk tangan ke apa.. dasaaaaaarrrrr bawang..!! :p

Maka, dengan ini aku dengan rendah hati ingin menarik balik semua statement dan ulasan aku tentang Pian dan El semalam. Kepada siapa-siapa yang aku 'ter'komen kat IG atau FB tu, aku minta maaf ya. Mohon abaikan lah komen-komen merepek aku tu. Anggap je aku yang tak matang. Acah-acah wartawan hiburan sangat. Mulai hari ni, belajar something ye Ain, jangan nak cepat sangat komen pasal artis ke politik ke, jangan nak emo, jangan nak rasa kau je betul Ain, kau tu suka ikut perasaan masa tu je, tak nak fikir panjang dulu. Ohh gosshh...! Maafkan sis ye.. sis bukan selalunya betul. Sis juga ada masa-masa gila meroyan juga.. oppsss.. Maafkan sis.. :)

Dan sekarang ni, saat aku tengah taip entry ni.. lagu Di Mata Mu tu masih terngiang-ngiang dalam kepala aku. Patutlah ramai yang sebak dan kata lagu tu sampai ke jiwa. Petang ni bila aku tengok balik persembahan Pian malam tadi, hati aku pun tersentuh juga. Tak mudah menjadi public figure kan. Tabahlah Pian. Pasti ada yang lebih baik untuk kau lepas ni. Steady je. Orang lelaki kena steady jangan hati tisu sangat. And please la siapa start panggil dia baby pian tu... eeeeeeeeee... sumpah geli...!!!! stop laa..bagi la budak tu membesar secara normal.. ehhh.. :p

Dah lah tu. Move on ye dari AJL kejadah apa semua ni..
Tunggu AJL tahun depan pula..! Aku harap Sherry Al Hadad dengan Aliff Satar jadi pengacara lagi tahun depan sebab serasi sangat diaorang berdua, tak over dan sangat professional.. :)

Thanks dengan gigih baca ulasan aku.. :)






...

(gambar semua daripada Instgram TV3 Malaysia)


spacer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...