Lanjut Beach Golf Resort, Kuala Rompin di Pahang

https://www.lanjut.my/
Selamat datang ke Lanjut Beach & Golf Resort, Kuala Rompin

Rasanya ramai yang tak tahu kat Kuala Rompin tu ada satu resort yang baru dan best. Agak terpencil, sunyi dan sangat menenangkan jiwa sebab tak sesak dengan manusia. Aku sendiri secara kebetulan sahaja dapat ke sana, ikut Pokchik ada meeting kat sana. Mula-mula aku skeptikal juga sebab aku tak pernah sampai ke Kuala Rompin ni. Selalu dengar cerita je. Jadi, first impression aku masa tu "ni mesti resort yang buruk, bosan dan mungkin berhantu..!" hahahaha.. :p

Percutian ke Kuala Rompin

Lanjut Beach & Golf Resort, Kuala Rompin

Perjalanan kami dari Sepang ke Kuala Rompin lebih kurang 6 jam. Dari Sepang ke Seremban kemudian terus ke Kuala Pilah. Cari jalan ke Sri Jempol dan seterusnya cari jalan ke Muadzam Shah. Perjalanan agak mencabar sebab laluan kecil dan banyak lori. Bila berselisih dengan lori-lori besar ni, kita kena perlahankan kereta kalau tak rasa melayang-layang. Kiri kanan jalan di temani pokok-pokok kelapa sawit sahaja. Jadi, sila pastikan petrol kereta mencukupi ye.

Sampai di Muadzam Shah, kami berhenti untuk makan tengah hari dan solat jamak Zohor-Asar. Kami singgah di Bandar Satelit Muadzam Shah. Macam bandar baru la. Aku sendiri dah berbelas tahun tak datang Muadzam Shah ni. Dulu masa belajar kat Kelantan dan Kuantan, setiap kali pergi balik ke Batu Pahat mesti lalu 'bandar cowboy' ni. Tapi sekarang Muadzam Shah dah ada Bandar Satelit. Woww sangaaatt..! :)

Dari Muadzam Shah menuju ke Kuala Rompin tu, sekali lagi perjalanan hanya di temani pokok-pokok kelapa sawit. Kalau ikutkan, lokasi Lanjut Beach Golf Resort ni sebelum sampai pekan Kuala Rompin tau. Jangan risau, banyak signboard di sediakan. InsyaAllah senang nak cari dan tak kan terlepas simpang.

Pantai Lanjut, Kuala Rompin
Pantai Lanjut, Kuala Rompin

Ketibaan Di Sambut Deruan Angin Pantai 

Sampai je resort ni, kita akan di sambut dengan deruan angin pantai yang sangat kuat. Dapat rasa resort ni memang sunyi. Hanya bunyi angin pantai dan deruan ombak yang kedengaran. Mungkin kebetulan masa kami datang tu guest tak ramai. Team Pokchik yang datang meeting kat situ dalam lingkungan 20 orang sahaja. Ada yang datang sendiri dan ada yang datang bawa family. Jadi cuma kami 20 ke 30 orang sahaja kat resort tu sepanjang 3 hari 2 malam. Heaven..!! hahahahaa. Dan ya, resort ni masih baru. Mungkin baru beberapa tahun beroperasi. Tak nampak menyeramkan malah nampak ringkas dan moden.

Mulanya kami dapat bilik Twin Single Bed. Harga bilik (government rate) untuk bilik tu RM180 tapi sebab kami nak upgrade ke bilik Super Queen Bed, jadi kami kena tambah duit sendiri. Total harga bilik RM250 satu malam siap termasuk breakfast for two person. Okey lah kan. Dua malam baru RM500, di tambah dapat pula bilik menghadap pantai :)

accomodation at Lanjut Beach & Resort, Kuala Rompin
bilik kami - super queen bed

Tarikan Utama Lanjut Beach & Golf Resort

Jujur cakap tak ada apa-apa tarikan utama pun kat situ. Hanya resort tepi pantai yang ada padang golf dan swimming pool bapak besar dan luas..! hahahaha. Tapi pantai kat situ tak boleh mandi ye, harap maklum. Laut lepas yang ombaknya mengganas. Pasir pantai pun tak cantik putih bersih. Pantai Lanjut tu memang nampak menggerunkan sikit sebab ombaknya kuat dan airnya keruh. Setakat nak main-main tepi gigi air, basah-basahkan kaki boleh lah. Dan untuk snap picture sunset dan sunrise, boleh lahh.. cantik juga.. :)

kalau dapat bilik menghadap swimming pool pun best kan..!

giant size swimming pool

Swimming pool memang superb..! bersih dan luas. Kalau kau kaki berenang kuak lentang, memang puas la kau marathon dalam swimming pool tu. Kalau tak silap aku, malam-malam pun boleh mandi kalau nak tapi setakat dua malam aku kat situ tak ada pula nampak orang mandi. Jangan risau swimming pool situ memang bersih dan terjaga. Swimming pool untuk kanak-kanak pun luas dan bersih. Siap ada gelongsor mini dan air pancut ala manja-manja. Kalau bawa anak-anak memang berbaloi lepaskan diaorang mandi kat situ.

Kuala Rompin Bandar Udang Galah

Sebelah malam, di sebabkan Pokchik tak ada meeting maka kami saja jalan-jalan ke pekan Kuala Rompin sambil mencari destinasi makan malam. Perjalanan agak jauh dan sunyi sebab melalui jalan kampung. Seronok la juga dapat tengok suasana malam orang-orang Kuala Rompin. Tapi walaupun Kuala Rompin terkenal sebagai bandar udang galah, tak ada pula aku jumpa mana-mana gerai makan seafood (specialty udang galah) yang menarik atau nampak mengujakan.

Jadi kami cuma makan malam di kedai makan ala western. Boleh lah, asalkan perut kenyang. Pekan Kuala Rompin ni lebih kurang 'cowboy' macam pekan Muadzam Shah juga cuma sebab Kuala Rompin ni adalah pusat pentadbiran daerah jadi 'hidup' la sikit suasana kat situ. Kalau datang sebelah siang mungkin nampak lebih sibuk.

Cafe tempat sarapan pagi ni bersebelahan swimming pool

Percutian Yang Merehatkan 

Keseluruhan bagi aku percutian 3 hari 2 malam aku kat Lanjut Beach & Golf Resort, Kuala Rompin ni memuaskan hati juga la. Sepanjang hari aku habiskan masa berehat di bilik sambil habiskan bacaan buku yang dah lama tertangguh. Sambil-sambil tu tonton tv sahaja. Cuaca sangat panas, kena pula bilik tepi pantai kan. Bahang lain macam. Jadi memang aku duduk dalam bilik je sorang-sorang and pasang aircond sejuk-sejuk sementara Pokchik ber'meeting' dari pagi sampai petang. Keadaan bilik memang tip-top.. bersih, praktikal dan super selesa..!

Makan tengahari pun order room service je. Aku order set Nasi Beriani Kambing percuma air sirap bandung (harga RM23). Tapi rasa dia langsung tak macam nasi beriani.. hahahahaa..! tapi alhamdulillah kenyang sebab portion banyak gila. Sesuai la dengan harga :p Pilihan menu breakfast buffet pun biasa-biasa sahaja, tak ada yang memukau sangat tapi rasa sedap la, boleh tahan. Standard hotel punya kan :)

So, kalau korang bercadang nak bercuti ke tempat yang jauuuuuhhhh daripada kesesakan manusia, mungkin Lanjut Beach & Golf Resort ni boleh dipertimbangkan. Terutama bagi mereka yang selalu melalui jalan Johor-Pahang, balik kampung sendiri ke atau balik kampung mertua, mungkin korang boleh singgah Kuala Rompin dan cari Lanjut resort ni. Bawa anak-anak dan keluarga stay satu malam kat Lanjut resort ni sambil rehatkan badan dan tenangkan fikiran. Anak-anak kau lepaskan je mandi kat swimming pool. Confirm diaorang suka dan puas hati..! :)

Dan kalau korang nak buat team building, mesyuarat bahagian/jabatan atau kalau nak buat family day pun sesuai kot kat sini sebab fasiliti yang di sediakan memang mantop dan ada standard. Siap ada ballroom besar giler tau. Senang nak buat seminar atau konvensyen. Maklumat lanjut, sila ke website mereka ni :


Apapun, terima kasih Lanjut Beach & Golf Resort atas hospitality yang memuaskan. Semoga berjumpa lagi di lain masa bila ada rezeki yang lain pula.

apa yang menarik di Kuala Rompin
nak romantis lagi boleh main buai sambil nyanyi lagu baby pian dan tunggu matahari terbenam.. auuwww..!!



...

Post a Comment

4 Comments

  1. Wahhhh....macam mendamaikan sungguh resort ni. Resort macam ni yang memang ksarie suka sebab dah makin tua ni, makin tak lalu nak berhiruk pikuk sangat. Nak bertenang-tenang aje. In sya Allah akan ke sini apabila berkesempatan nanti. Kiddos sure suka boleh bergelinjangan di dalam pool yang besar tuh.

    ReplyDelete
  2. kak ainnnn letak la banyak gambar sikit sebab gambar akak cantik2! Tak puas tengok tau. Resort ni memang cantik, berbaloi dengan harga. Tak pernah lagi ke rompin, kalau ada rezeki boleh menyinggah!

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete