Ayat Ke-6 Dalam Surah Al-Fatihah

Alhamdulillah, beberapa minggu lepas aku berpeluang join Seminar Tematik 4.0 : Penyakit Hati dan Penawarnya Di Dalam Al-Quran yang telah diadakan di Tadabbur Center, Bandar Baru Bangi. Seminar berbayar ni memang antara yang aku sangat nanti-nantikan. Baca tajuk seminar pun buat hati rasa terpanggil sangat nak join. Apatah lagi lokasi seminar yang dekat je dengan rumah aku. Seminar ni pula di buat pada hari Sabtu. Memang bagai orang mengantuk di sorongkan bantal empuk lah jawabnya. Tanpa fikir panjang, aku terus daftarkan diri dengan Pokchik sekali.

Seminar sehari tu sangat penuh padat dengan pengisian. Tak puas rasanya duduk dalam seminar yang sentiasa ada ilmu baru untuk kita belajar. Dari sekecil-kecil perkara sampai hal-hal yang besar, aku rasa memang kerdil sangat aku kat dalam tu. Tapi dalam masa yang sama, aku rasa bertuah sangat-sangat sebab dapat hadir. Semuanya atas aturan Allah s.w.t. jua

Banyak yang aku nak share pasal ilmu yang aku dapat sepanjang berada dalam seminar tu. Banyak sangat sampai tak tahu macam mana nak share. InsyaAllah nanti bila ada kelapangan lain aku akan susun elok-elok input yang aku dapat tu dan share kat sini. Semoga dipermudahkan ye. Tapi permulaan ni aku share benda yang ringkas-ringkas dulu.

Benda ni aku baru tahu, tapi mungkin korang dah lama tahu. Walaupun benda ni macam kecil dan simple sangat tapi aku rasa excited nak share sebab aku rasa maknanya deep menusuk ke dalam pangkal hati aku. Sampai bergenang airmata. Mungkin aku tak pandai nak explain macam Dr Azrul Azlan terangkan masa dalam seminar tu, tapi sikit-sikit aku cuba lah ok. Yang penting, aku harap korang dapat maksud yang aku nak sampaikan.

Makna Ayat Ke-6 Di Dalam Surah Al-Fatihah

Kalau kita baca tafsir ayat keenam dalam surah Al-Fatihah ni mungkin kita rasa simple je lah iaitu maksudnya "Tunjuk kan lah kami jalan yang lurus" tapi apa yang aku belajar dalam seminar tu, makna ayat ini SAHAJA kalau di tadabbur dengan panjang lebar oleh para ulama membawa tiga (3) makna yang sangat mendalam dan mampu membuatkan hati kita bergetar.

Makna ayat keenam ini sebenarnya adalah :

1.  Bila kita baca ayat ni, kita sebenarnya memohon Allah s.w.t MEMBAWA kita ke jalan yang lurus (benar). Maknanya, kalau selama ini kita sudah jauh tersasar, maka kita mohon Allah 'panggil' kita balik supaya kita berada di jalan yang benar. Ada juga sesetengah manusia yang fikir selama ni dia berada di jalan yang benar (golongan Munafik, Syirik, Syiah, dlln) tapi sebenarnya mereka sesat. Jadi mohonlah kepada Allah agar selalu membawa kita kembali ke jalan yang benar.

2.  Kemudian bila kita dah berada di jalan yang benar, kita mohon Allah s.w.t. TETAPKAN kita di jalan yang lurus (benar) ini. Jangan biar hati kita berbolak-balik lagi. Mohon Allah 'pegang' hati kita, pimpin tangan kita supaya kita sentiasa berada di jalan yang benar ni dan tak akan mencari-cari jalan yang lain.

3.  Selepas itu, bila kita yakin dah berada di jalan yang benar kemudian tetap pula di jalan yang benar ni, kita mohon pula kepada Allah s.w.t. supaya SAMPAIKAN KITA KE HUJUNG jalan yang benar ini iaitu dari mula kita di hidupkan sampailah kita kembali kepada Allah s.w.t. nanti. Janganlah permulaan sahaja kita hidup dalam kebenaran, tapi makin menuju kematian semakin kita sesat dan tersasar dari jalan Allah s.w.t.

Wallahulam.
(kalau aku salah, tolong betulkan)

Tunjukkan lah kami jalan yang lurus, tadabbur surah al-fatihah, jalan yang benar, maksud al-fatihah
Ayat Ke-6 Surah Al-Fatihah

Sahabat-sahabat,
Ayat ni sangat terkesan dalam hati aku. Padahal ayat ni sangat ringkas dan pendek sahaja. Kalau kita baca tafsir bulat-bulat memang rasa ayat ni macam biasa je. Tapi itu lah pentingnya belajar tadabbur Al-Quran. Hanya dengan tadabbur kita akan dapat rasa ayat-ayat Allah ni dalam hati. Serius, airmata aku memang bergenang masa Dr. Azrul Azlan explain pasal ayat ni. Dengan suara dia yang sebak dan penerangan dia yang deep tu, hati aku rasa bagai di cakar-cakar.

Sahabat-sahabat,
Berapa ramai daripada kita yang telah jauh dari jalan Allah? Berapa ramai daripada kita ambil Islam separuh-separuh? Berapa ramai daripada kita yang betul-betul hadam ayat-ayat peringatan daripada Allah s.w.t.? Allahu Akhbar.. dunia sudah benar-benar di hujung usianya. Di mana kita sahabat-sahabat..? di mana kita... *nangis*..

Kita lahir dalam Islam, adakah kita akan mati dalam Islam juga..? Fikir-fikirkan lah. Bila dengar mereka yang mencari-cari hidayah Allah, kita rasa bangga diri sebab konon-konon kita ni dah cukup hidayah sangat. Solat, puasa, tutup aurat, baca Al-Quran.. itu sahajakah Islam..? Di terimakah semua ibadah kita..? Kalau tidak, agak-agaknya di mana bekal kita ke akhirat..? Ya Allah, menggigil-gigil jari aku menaip ni.

Begitulah sedikit yang dapat aku kongsikan. Ini baru SATU ayat daripada Surah Al-Fatihah. Bayangkan kalau kita dapat tadabbur surah Al-Fatihah ni sepenuhnya, tentu lebih terkesan. Patutlah surah Al-Fatihah ni di jadikan penghulu. Terlalu banyak hikmah, pengajaran dan peringatan yang Allah s.w.t. nak sampaikan. InsyaAllah, lepas ni kita sama-sama belajar lagi dan cuba mendalami surah Al-Fatihah ni lagi. Biar setiap patah ayat dan huruf di dalam surah ni meninggalkan kesan dalam hati kita. 

Semoga bermanfaat ye sahabat-sahabat.




...

spacer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...