5 Langkah Mudah Untuk Hidup Kurang Stress

Aku nak kongsikan 5 langkah yang paling mudah untuk menjadikan hidup korang kurang tertekan. Aku 'kutip' nasihat ni daripada ramai orang. Doktor, kaunselor sahabat-sahabat malah boss di office aku pun nasihatkan perkara yang sama. Sebenarnya banyak la lagi nasihat dan cadangan yang diaorang ni bagi tapi aku pilih yang 5 ni je sebab hanya 5 langkah ni yang paling kerap di ulang-ulang. Aku sendiri tertanya-tanya juga betul ke berkesan teknik ni? Tak kan lah semudah tu. 

5 Langkah Mudah Untuk Hidup Kurang Stress

Aku percaya korang pun tentu dah selalu dengar nasihat ni. Dalam buku-buku motivasi pun selalu ulang hal yang sama. So, apa dia langkah yang mudah tapi berkesan sangat tu? Jom aku kongsi satu per satu. Kalau tak cuba, mana nak tahu.. kan..?

bela kucing sebagai terapi minda, kucing sebagai pengubat stress, cute kitten, anak kucing comel
kecomelan dan keletah kucing yang menghiburkan

1.  Binatang Peliharaan (Loving Others)

Memang ramaaaaaiiii orang nasihatkan aku supaya start bela kucing atau apa-apa binatang peliharaan yang aku suka. Kalau tak nak kucing, ada yag cadangkan aku bela ikan laga, hamster atau kura-kura. Doktor dan kaunselor aku pernah kata bela binatang ni terbukti memang dapat mengurangkan stress. Melihat keletah binatang comel ni beraksi boleh memberi ketenangan dan merembeskan aura kasih sayang dari dalam diri manusia.

Boss aku pula kata, kalau bela binatang kita dapat 'salurkan' kasih sayang, jadi tak ada lah asyik memendam perasaan sahaja. Apatah lagi aku sendiri tak ada anak kan, jadi kalau bela binatang peliharaan ni secara tak langsung akan melatih aku jadi orang yang bertanggungjawab, penyayang dan bila aku sibuk uruskan binatang peliharaan kesayangan tak la hidup aku rasa kosong.

morning walk, morning jogging, bersenam untuk kesihatan, bersenam dapat kurangkan stress
bersenam untuk kesihatan dan kecantikan

2.  Bersenam (Exercise)

Ya Allah, ini satu lagi nasihat yang dah muak aku dengar. Tapi aku tak nafikan bersenam memang boleh kurangkan stress. Dulu masa aku join JK1M aku rasa hidup aku ceria, bersemangat, positif dan kurang nak merungut. Doktor kata, bersenam dapat menjadikan mood kita sentiasa segar selain dapat membekalkan oksigen yang cukup untuk seluruh tubuh terutama otak. Bila cukup oksigen, baru lah kita tak stress dan tak fikir sangat masalah.

Bersenamlah apa cara sekali pun asalkan badan kita bergerak dan berpeluh. Buat kerja-kerja mengemas dan membersihkan rumah pun satu cara bersenam yang baik untuk hilangkan stress. Badan makin sihat, rumah pun sentiasa bersih. Bahagianya..!


makanan sihat, diet sihat, penting untuk jaga makan, eat clean for healthy body
makanan sihat untuk tubuh dan otak yang sihat

3.  Makan Sihat (Eat Clean)

Ini mungkin pilihan yang paling mudah sebab kita hari-hari pun kena makan kan. Jadi, kalau nak kurangkan stress, cuba ubah pilihan menu makanan seharian kita tu. Dari makanan bergoreng kepada makanan yang di rebus atau di panggang. Dengan menjaga makan (menjaga apa yang masuk ke dalam badan kita) itu bermakna kita sayangkan diri kita. Kita hargai kesihatan dan nikmat kesempurnaan yang Allah bagi.

Aku memang susah sikit bab nak diet dan pilih-pilih makanan ni sebab aku sejenis yang semua benda pun bedal. Asalkan depan mata, yakin halal, memang aku belasah je. Sekarang aku perlahan-lahan dah cuba control. Aku tak nak ikut perasaan lagi. Kalau dulu, bila stress je aku cari Pepsi atau Coke tapi sekarang bila aku stress, nak cari green tea lah..! (are you seriousssss..?!!)


menulis, melukis, hobi, find your passion, release tension, karoke, baking cake, isi masa lapang
cari hobi dan kesukaan anda sendiri

4.  Menulis, Melukis atau Bercerita

Yang ini pun satu lagi nasihat yang palinggggg banyak aku terima. Ramai nasihatkan aku luahkan apa yang aku rasa dan jangan pendam dalam hati. Mereka kata lagi banyak kita pendam, lagi teruk kita punya stress. Ada banyak cara nak release tension kan, ada yang menyanyi, ada yang memasak atau buat kek, ada yang main bowling, ada yang karaoke, ada yang memancing, menjahit, tanam pokok bunga, tengok wayang dan macam-macam lagi lah. 

Pilihlah mana-mana satu aktiviti yang anda suka tu dan cuba buat secara konsisten. Bila kita dapat buat apa yang kita suka dan menggembirakan kita, secara tak langsung akan merehatkan otot-otot dan urat-urat yang selalu tegang tu. Dapat menstabilkan hormon. Dapat mengeluarkan aura positif dan ceria dari tubuh kita dan sekali gus akan menjadikan kita lebih tenang dan rasa bebas (free).

baca dan faham al-quran, manfaat al-quran, hilangkan stress dengan baca quran, al-quran sebagai penyembuh penyakit
Al-Quran sebagai penyembuh segala penyakit

5.  Baca dan Faham Al-Quran

Kenapa penting untuk kita baca dan faham Al-Quran? Tentu lah untuk membuatkan kita lebih seronok dan lebih sayang kepada Al-Quran. Orang tua-tua pernah pesan, tak kenal maka tak cinta. Jadi kalau nak wujudkan cinta dan suka kepada Al-Quran  kita kena faham apa kita baca. Dan bila kita dah cintakan Al-Quran kita akan lebih seronok membaca Al-Quran. Seterusnya membaca Al-Quran ni akan jadi habit.

Masa kita akan terisi dengan membaca dan memahami Al-Quran. Kan bagus tu, dah la dapat kurang stress dalam masa yang sama dapat pahala pula lagi. Selain daripada tu, penting untuk kita baca dan faham Al-Quran supaya kita dapat ambil ibrah dari kisah-kisah serta peringatan-peringatan dari Al-Quran. Sesungguhnya, yakinlah Al-Quran itu sendiri adalah ubat dan penyembuh kepada segala jenis penyakit. Di dalam Al-Quran itu ada jawapan, ada ketenangan dan ada kunci kepada segala pintu kebahagiaan.

Kesimpulannya, kalau nak hidup kita tak stress, kita kena tukar cara hidup (lifestyle). Elakkan membazir masa dengan termenung atau bersedih. Masalah tetap ada, jadi jangan stress kan diri kita fikir pasal masalah tak habis-habis sebab masalah memang tak pernah habis. Lebih baik kita tukar arah (channel) kan hidup kita kepada aktiviti yang lebih berfaedah, lebih menyihatkan, lebih menceriakan seterusnya akan membuatkan kita lebih bersyukur dan menghargai nikmat hidup.

Ingat lah, hidup ini sangat pendek tetapi kehidupan itu sangat luas.
Bangun dan keluar lah mencari kehidupan yang anda impikan.

Jangan tunggu dan jangan sesekali menyerah..!





...

(sumber gambar dari Google Image)

Share:
spacer

5 comments:

  1. 6. Buat sesuatu hobi yang kita minat

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama dengan no.4 tu :)
      tapi jangan lah sampai merapu.. hehehehe.. pilihlah minat yang bermanfaat sebagai hobi..

      ...

      Delete
  2. semua buat tapi tang eat clean tu hahahaha tak daya den

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe... kannn..!
      payah sikit bab tu tapi boleh la ubah slow slow ikut setakat mana yang mampu.. :)

      ...

      Delete
  3. semuanya betul.. busyra kalau stress tngok kucing kt rumah ni ha.. hilang sikit penat tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...