Baik lah, untuk entry kali ni mari kita layan gambar-gambar sahaja. Aku sendiri terkial-kial juga nak ingat balik setiap satu moment sepanjang Kenangan Haji lima tahun sudah ni. Tapi aku cuba sebaik mungkin.
Tujuan aku up entry ni pun sebab nak abadikan kenangan di sini untuk bacaan dan tatapan aku pada masa akan datang. Jadi sebelum memori aku total lost, mari lah temankan aku mengimbau kenangan ni satu per satu.
Kenangan Haji 2014/1435H
Aku membesar dengan kisah-kisah Tanah Suci. Setiap tahun ada sahaja kisah yang menarik dan unik yang ayah bawa balik dari Tanah Suci. Untuk yang belum tahu, arwah Ayah aku adalah bekas kakitangan Tabung Haji sejak tahun 70an hingga Ayah pencen tahun 2010. Seingat aku pada tahun 80an memang tiap-tiap tahun Ayah dapat ke Tanah Suci untuk bertugas dan menunaikan ibadah Haji. Beruntung kan Ayah..?
Dan aku membesar dengan gelaran "Anak Tabung Haji" atau "Anak Pengurus Tabung Haji". Aku dah biasa dengan gelaran tu malah aku senang sekali. Aku bangga menjadi anak tabug haji.. :) Maka pada tanggal 21 September 2014 saat kaki aku melangkah untuk menaiki pesawat yang membawa kami semua terbang ke KAAIA di Jeddah, aku mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim.. dengan hati yang lapang.. dengan airmata bergenang.. dan dengan bisikan di dalam hati yang paling dalam : "Ayah.. tengoklah Ain nak pergi tunai Haji ni. Ayah temankan Ain ye.."
![]() |
King Abdul Aziz International Aiport (Bahagian Terminal Haji) |
Terminal Haji King Abdul Aziz, Jeddah
Pertama kali menjejakkan kaki ke King Abdul Aziz International Airport (Terminal Haji) ni, aku kekaguman. Hebat. Besar dan luas. Cantik dan bersih. Beribu-ribu umat manusia berhimpun di sini, beratur dan melepasi kawalan keselamatan. Dengan pakaian ihram masing-masing. MasyaAllah, pemandangan yang sangat mengkagumkan.
Terminal Haji ni di buka hanya pada musim Haji dan digunakan khusus untuk jemaah Haji sahaja. Kalau kalian pergi umrah, tak guna terminal haji ni. Waktu kami tiba tu tak ada pesawat dari negara lain yang sampai, jadi tenang la sikit.
Yang mencabar tu, lepas je kaunter imegresen, kami kena cari beg besar masing2 dan tarik/angkat sendiri beg besar tu dan bawa ke tempat berkumpul. Masa tu nanti kita akan di bahagikan ikut maktab dan no.bas masing2. TOLONGLAH JANGAN SALAH NAIK BAS.
Yang mencabar tu, lepas je kaunter imegresen, kami kena cari beg besar masing2 dan tarik/angkat sendiri beg besar tu dan bawa ke tempat berkumpul. Masa tu nanti kita akan di bahagikan ikut maktab dan no.bas masing2. TOLONGLAH JANGAN SALAH NAIK BAS.
Beg besar kita di hantar dulu (bas yang lain). Beg besar tu nanti akan di hantar ke pintu bilik hotel kita di Mekah. Kita bawa beg sederhana beroda tu je. Sebab tu, dalam beg sederhana beroda tu sila bawa pakaian sepersalinan dan barang2 keperluan secukupnya. Kadang-kadang beg besar kita "hilang", dua tiga hari baru sampai depan pintu bilik hotel.
![]() |
Ruang menunggu terminal haji. |
Masa ni di ruang menunggu. Tunggu bas ready untuk bawa kita ke hotel. Masa ni boleh la kalau nak buat solat sunat, surau di sediakan tapi kena bersempitlah sikit. Atau paling mudah, kita duduk berehat je sambil banyakan berzikir dan berdoa. Lama juga menunggu ni, lebih satu jam. Kalau ada bawa bekal biskut atau makanan sampingan lain boleh lah makan. Yang penting elakkan kita berbual kosong, termenung atau membuat hal-hal yang lagha.
Dah masuk bas, tunggu nak bergerak ke Mekah. Perjalanan kalau tak silap dalam 2 jam juga. Dalam bas ni akan diedarkan makanan. Nasi Arab dan air mineral. Makanlah dalam keadaan bas sedang bergerak. Hahahaha..! Lucu juga bila teringat kenangan tu sebab memang kacau-bilau jadinya tapi sebab dah lapar punya pasal, bedal je lah :)
Haji Ifrad, Haji Qiran dan Haji Tamatu'
Ohh ya, masa ni kita dah berada dalam ihram. Jadi SILA JAGA PANTANG LARANG IHRAM masing-masing. Aku dan Pokchik niat Haji Tammatu' (Umrah dulu kemudian Haji). Mak dan ayah mertua aku niat Haji Ifrad (Haji dan Umrah sekali).
Hotel kami di Mekah namanya Lane Premium Hotel. Terletak 1 km dari Masjidil Haram. Waktu kami sampai ke Mekah tu lebih kurang 13 hari sebelum Hari Wukuf di Arafah jadi umat manusia sudah sangat padat di Mekah. Kami perlu jalan kaki pergi dan balik dari hotel ke masjid. Jauh juga 1 km tu. Jadi kami kena keluar dari hotel lebih awal, kalau tak susah nak dapat tempat solat.
Seminggu pertama kami di Mekah memang solat Maghrib dan Isyak (sesekali Subuh) sahaja kami solat di masjid. Solat zohor dan asar di hotel sahaja sebab tak tahan dengan lautan manusia yang padat. Lagipun staff TH pesan suruh jaga kesihatan sebelum Hari Wukuf.
Ini kenangan selepas solat Isyak. Memang seminggu kami solat Maghrib dan Isyak di bahagian bumbung Masjidil Haram sebab dalam masjid sentiasa penuh. Nasib baik waktu malam, cuaca sejuk sedikit tapi tetap panas dan lemas sebab ramaiiiiiiiiiiii sangat umat manusia.
Aku baru sampai Mekah dah batuk-batuk. Padahal sentiasa minum air zam-zam. Sebab tu aku pakai mask sepanjang masa. Oh ya, masa ni aku dan Pokchik dah keluar ihram sebab sampai-sampai je Mekah terus buat Umrah. Ayah dan mak mertua aku masih dalam ihram sebab mereka niat Haji Ifrad.
![]() |
suasana yang akan selalu aku rindui |
Mataf Sementara Untuk Tawaf
Nak ambil gambar ni, kami terpaksa jalan jauuuuuhhhh ke depan. Itu pun selepas mengharung lautan manusia yang ramai. Masa ni masih ada dua tingkat mataf yang di pasang. Aku sendiri berpeluang buat tawaf di mataf tingkat 1 sehari sebelum Hari Wukuf. Alhamdulillah.
![]() |
satu lagi suasana yang selalu aku rindui :) |
![]() |
ini perjalanan dari hotel menghampiri Masjidil Haram |
Masa ni aku bersyukur sebab dah pernah pergi Umrah pada Januari 2014 jadi aku masih ingat selok-belok kawasan Masjidil Haram. InsyaAllah tak sesat. Sebab pengalaman mengajar kita untuk selalu berhati-hati. Tapi aku kasihan pada jemaah yang pertama kali sampai ke Mekah ni, dah tua dan uzur pula. Ingatan kurang baik. Datang pula sendirian tanpa di teman anak atau pasangan. Hari-hari ada jemaah yang sesat tak jumpa jalan balik ke hotel. Ada yang dah separuh jalan, patah balik ke hotel sebab tak larat berjalan kaki 1 km.
Suasana dan kawasan di sekitar Masjidil Haram memang agak tricky sebab tu warga tua mudah keliru. Oleh itu, aku menyeru sangat-sangat kepada anak-anak muda kalau boleh jangan biar ayah mak kita pergi Haji sendirian. Usahakan untuk kita teman atau siapa2 yang dikenali untuk teman. Sementara masih muda, sihat dan bertenaga ni usahakan lah biar dapat pergi tunaikan Haji. InsyaAllah.
![]() |
suasana Masjidil Haram sehari sebelum Hari Wukuf |
Satu pemandangan yang sangat menakjubkan. Aku tak pernah tengok sebegitu ramai umat manusia berhimpun dengan aman. Dengan ihram masing-masing. Nampak putih je. Suasana pun jadi riuh rendah dengan zikir dan selawat. Memang luar biasa suasana tu. Rasa diri kita kerdil sangat-sangat.
![]() |
kenangan abadi tiada ganti |
Kebetulan masa kami pergi Haji tu Hari Wukuf jatuh pada hari Jumaat atau lebih di kenali dengan panggilan Haji Akhbar. Orang tempatan (Orang Arab Mekah dan Madinah) ni kalau sebut Haji Akhbar, mereka memang beria-ia sebab Haji Akhbar katanya lebih mabrur. Wallahualam. Walaupun mereka datang tunaikan Haji setiap tahun tapi kalau tahun tu di jangka Haji Akhbar, mereka akan datang lebih awal dan berkumpul di Masjidil Haram lebih awal dan lama.
Sebab tu sehari sebelum Hari Wukuf tu, Masjidil Haram penuh padat. Lautan manusia membanjiri Masjidil Haram sampai lantai dataran tawaf tu kita tak nampak. Yang kita nampak semua kepala manusia je. Subahanallah.
Sebab tu sehari sebelum Hari Wukuf tu, Masjidil Haram penuh padat. Lautan manusia membanjiri Masjidil Haram sampai lantai dataran tawaf tu kita tak nampak. Yang kita nampak semua kepala manusia je. Subahanallah.
Tiga gambar di atas ni pula adalah laluan kami dari hotel ke masjid melalui laluan lorong tepi stesen bas. Laluan tu macam pendek sedikit lagipun tak ramai sangat orang berselisih. Macam sehala je. Sebab tu bila nak pergi masjid kami ikut laluan ni, bila nak balik ke hotel baru kami ikut jalan tengah yang ramai orang dan ada kedai2 tu. Cuma kalau nak pergi solat Subuh, kami tak ikut jalan ni sebab sunyi.
Laluan ni akan melalui bawah bangunan dan sampai terus di bawah Hotel Menara Jam Zam Zam tu. Naik je eksalator tu terus sampai di dataran yang menghadap Pintu King Abdul Aziz. Seperti yang sedia maklum, pintu King Abdul Aziz adalah pintu yang paling dekat (straight) dengan bucu Kaabah tempat kita mulakan tawaf. Jadi selalunya bila kami sampai je masjid, kami terus ke dataran Kaabah dan solat sunat dulu. Menyelit lah sikit. Lepas selesai tu baru kami cari ruang lebih selesa untuk solat fardhu.
Tiga gambar di atas ni pula adalah pemandangan dari tingkap bilik hotel kami di Mekah. Memang tak nampak view yang cantik pun tapi aku tetap rindu view ni. Setiap pagi mesti nak jengah ke luar tingkap dulu hirup udara luar dan paling penting sebab nak tengok 'jam dinding' kami yang paling esklusif di dunia :)
Aku sebilik 6 orang. Aku dan mak mertua dan lagi empat orang tu makcik2 yang bersahabat dan sekampung dari Langkawi. Mereka semua peramah dan baik hati. Pemurah dan tak berkira pula tu. Selalu kongsi makanan yang di bawa dari kampung. Ada yang pertama kali datang ke Tanah Suci dan ada juga yang dah beberapa kali datang untuk buat Umrah.
Aku bersyukur sangat-sangat sebab dapat rakan sebilik yang baik-baik dan tak banyak kerenah. Itu adalah satu nikmat yang jarang disyukuri. Sebab aku dengar banyak cerita pasal rakan sebilik tak sebulu. Seram aku dengar, padahal semua pun datang untuk beribadah dan semua pun tetamu Allah.
Ini pula susana sekitar Masjidil Haram selepas selesai solat. Para jemaah menyerbu keluar dari masjid sampai jammed..! Ya, bukan kenderaan je tahu jammed. Manusia pun ada jammed sampai berpuluh minit stuck tak boleh bergerak. Masing-masing pun mula la membunyikan 'hon' tersendiri dengan menjerit-jerit. Tapi kita sabar dan istighfar sahaja lah. Jaga hati.
Okey cerita Wukuf di Arafah dan Melontar Jamrah di Mina, aku cerita dalam entry yang lain. Kita habiskan cerita Mekah sahaja dulu. Aku berjaya berpuasa 3 hari di Masjidil Haram sebelum Hari Wukuf. Kebetulan tahun tu memang cuti puasa aku tiga hari je, jadi dapatlah aku qada' puasa 3 hari tu masa di Mekah. Syukur sangat2 dan feeling dia memang luar biasa. Walaupun berbuka dengan kurma 3 biji dan air zam-zam je, tapi aku syukur sangat2. Balik hotel baru makan nasi :)
Macam ni lah suasana kami makan anak-beranak. Duduk bersila depan bilik hotel. Sesungguhnya tikar hijau tu sangat berjasa..! Hehehehe.. sebenarnya rindu juga moment ni. Masa kat Mekah dalam musim Haji je nak rasa duduk bersila depan pintu bilik hotel tempat orang lalu lalang macam ni.. hahahahaa.. Sambil tu bertukar-tukar juadah pula dengan jemaah lain. Bahagianya :)
Ini gambar kenangan kami selepas selesai Umrah sunat. Balik daripada Mina aku sakit. Jadi banyak berehat kat hotel. Tapi sayang 30 hari kat Mekah kalau duduk dalam hotel je. Jadi bila jemaah dah mula beransur surut, kami pergi buat Umrah sunat. Seingat aku dalam dua kali ke tiga kali je kami buat Umrah sunat. Tapi lebihkan tawaf sunat. Bila Masjidil Haram dah kurang sesak, memang rasa selesa dan best sangat2 nak buat tawaf sunat.
(Sebenarnya aku sedih tengok gambar-gambar dengan arwah mak mertua aku ni. Masa ni dia happy betul sebab dah selesai Umrah sunat. Allah je tahu banyaknya cabaran sebelum kami selesai buat Umrah sunat ni. Tapi arwah mak mertua aku masa ni steady je, sikit tak ada mengeluh atau mengadu penat. Bila ingat-ingat balik apa dia cakap malam tu, airmata aku meleleh-leleh. Ya Allah kurniakan lah syurga tertinggi Mu buat insan ini. Dia seorang wanita yang kuat dan penyabar)
Selesai ibadah di Arafah dan Mina, kami balik ke Mekah dan kami selesaikan tawaf dan sa'ie Haji. Lepas tu aku jatuh demam dan batuk yang super kronik.
Seminggu juga aku menanggung sakit. Nasib la ada klinik TH. Aku ambil ubat kat situ je. Free semua. Staff klinik TH pun Ya Allah baik-baik dan ramah belaka. Aku juga bersyukur sebab Allah 'hadiahkan' sakit tu selepas aku selesaikan semuaaaaaaa urusan Haji aku. Alhamdulillah. Mudah-mudahan setiap satu ibadah aku dan keluarga aku di sana di terima oleh Allah s.w.t.
Ini pula kenangan sarapan pagi di restaurant Felda yang satu-satunya ada menjual roti canai. Hahahahaha..! selepas berminggu-minggu tentulah rindu masakan Melayu. Jadi roti canai cecah kuah dal dengan teh tarik adalah penyelamat.
Ini pula gambar2 kenangan kami pergi buat Umrah sunat kali kedua dan ketiga. Aku dan Pokchik je pergi. Ayah dengan mak mertua dah tak larat. Lagipun mereka nak banyakkan solat di Masjidil Haram sebelum berangkat ke Madinah pula. Kami pergi niat Umrah kali kedua dan ketiga tu semua sebelah malam. Jadi suasana lebih sejuk dan tenang.
Banyak la lagi gambar yang aku tak share kat sini. Niat nak baut album or photobook gambar2 tu semua tapi sampai sekarang masih tak buat lagi.. hahahahaa.. 5 tahun dah..! :p
Banyak la lagi gambar yang aku tak share kat sini. Niat nak baut album or photobook gambar2 tu semua tapi sampai sekarang masih tak buat lagi.. hahahahaa.. 5 tahun dah..! :p
Ini tekak 'maksalleh' aku dah datang. Bila dah tak selera nak makan nasi yang disediakan oleh Tabung Haji, apa lagi.. aku cari KFC dan Pizza lah. Maka jangan tanya kenapa orang lain balik dari Haji kurus tapi aku balik dari Haji makin gemok walaupun setiap hari berjalan kaki lebih 2 km. Okey bye..!
Ini namanya derhaka..! Baru seminggu baik dari batuk kronik, aku dah mula minum air ni. Ketagih betul air Mirinda Apple Hijau ni. Sedap. Manis dan masam. Kenapa kat Malaysia tak ada?
Beg besar kena siap kemas dan pack elok-elok macam ni sehari sebelum berangkat ke Madinah. Dan semua beg kena kumpul kat lobi hotel ikut no. maktab yang ditetapkan. Jadi tinggalkan sepersalinan pakaian dan barang keperluan asas dalam beg sederhana beroda sahaja.
Arwah Ayah aku yang ajar pack bag elok2 siap jaring bertali tu. Jangan lupa tanda nama buat besar2 dan biar jelas, senang di baca. Jadi kalau bag kita 'sesat' pun senang petugas nak cari dan kembalikan ke pangkal jalan.
Hotel kami di Mekah. Jauh dari masjid tapi selesa. Alhamdulillah.
Ini hari terakhir kami di bumi Mekah sebelum kami berangkat ke Madinah pula. Gambar ni di ambil selepas solat Subuh. Ini sudah bergelen-gelen airmata tumpah. Nasib tak ada yang snap gambar. Lepas snap gambar ni kami balik ke hotel dulu, mandi lagi dan bersiap datang semula ke masjid untuk Tawaf Wida'.
Tawaf Wida' dan Berangkat Ke Madinah Pada 1 Muharram 1436H
Lepas selesai Tawaf Wida', balik terus tak ada singgah-singgah dan toleh belakang lagi. Ustaz kata, berhenti nak bagi sedekah pun tak digalakkan apatah lagi untuk bergambar dan membeli-belah (haram). Dan sepanjang perjalanan balik ke hotel tu, hati aku punya banjir menangis menderu-deru. Masa tu tak tahu bila lagi akan datang ke Tanah Suci ni. Tak tahu sempat lagi ke tunaikan Haji lagi. Tak tahu macam mana keadaan aku kalau datang lagi tu, entah dah tua bongkok, bertongkat, atau entah-entah berkerusi roda.
Selebihnya aku menangis mengenangkan kerdilnya diri aku di bumi penuh rahmah ni. Ibadah aku tak seberapa pun. Banyak lagi yang aku patut buat sepanjang di sana. Beribu-ribu lagi zikir patut aku lafazkan. Banyak lagi solat sunat dan tawaf sunat patut aku buat. Entah lah, rasa diri ni tak cukup sempurna. Tak cukup khusyuk. Aku menangis kerana takut ibadah aku yang sedikit tu di tolak tak di terima. Alangkah ruginya. Tapi aku percaya Allah s.w.t. tu Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun, Maha Pemurah dan hanya Dia Yang Satu Yang Layak Mengadili aku.
Kami berangkat ke Madinah pada tarikh 1 Muharram 1436H.
Hari baru, pengembaraan baru dan buku baru untuk aku. Bumi Mekah di tinggalkan dengan lapang dada dan kuatnya azam untuk kembali lagi satu hari nanti.
"Ya Allah, mudah-mudahan ini bukan Haji terakhir untuk ku. Jemput lagi aku ke sini Ya Allah Yang Maha Memberi Rahmat.."
...
8 Comments
Masya allah hajjah. Maafkan saya xpggil hajjah adsense
ReplyDeletehahahahaa.. saje je kan abe we tu..!! serba salah sis di buatnya.. kita fokus pada adsense sahaja dulu yer.. lolss.. :p
Delete...
seronoknya dpt jejak kaki kesana akak.. doakan busyra dpt kesana one day.. :)
ReplyDeleteAaminn.. Aamiin.. InsyaAllah suatu masa yang berbahagia nanti pasti dapat ke sana.. :)
Delete...
salam aidil adha :)
ReplyDeleteSalam Aidil Adha .. :)
Delete...
Semoga bisa menyusul ke tanah suci.. amiinnn
ReplyDeleteInsyaAllah.. aaminn.. :)
Delete...