Manusia Yang Tidak Bersifat Manusiawi

manusia yang tidak bersifat manusiawi


DUNIA HARI INI

Dunia hari ini, banyak jerangkap samar.
Hati-hati jangan mudah termakan umpan kelak masuk ke dalam liang tak bernisan.
Yang mati adalah harapan.

Setiap pelusuk dan liak lentuk semuanya kejam
Menanti untuk membaham
Yang jujur menjadi mangsa
Yang diam menjadi bahan jenaka

Dunia hari ini, banyak menghukum.
Yang salah yang betul semua saling menghukum.
Yang bijak yang bodoh semua pandai menghukum.

Kesalahan demi kesalahan di cari dan di ungkit,
Cadangan dan idea penyelesaian di humban jauh
Hanya pandai menunding jari dan menuduh sana sini.
Manusia hanya tahu mencari salah
Mencari siapa yang bersalah

Sesungguhnya,
Tidak ada syaitan di dalam diri manusia 
Melainkan manusia itu sendiri yang tidak bersifat manusiawi.

Hati-hati sahabat.. 
Dunia hari ini bukan dunia hari-hari semalam, 
Tapi adalah dunia yang kita pinjam
Dunia yang akan menjadi dunia untuk anak cucu cicit kita hidup. 

Hati-hati sahabat..


AINNUR HARIS
6 Sept 2019
Angkasapuri



...

spacer

What Do You Put In A Baby Hamper of Diaper Set? Little Flower Hut

Looking for a special and practical baby hamper that could be gifted to someone expecting a new baby soon in Little Flower Hut Flower delivery ? On baby shower party, you can send Baby Hamper of practical and essential items like baby clothes, baby bath products, baby blankets, and toys. You may also choose to send a hamper of diapers and necessary accessories for baby diaper change. This Baby Gifts will surely help the parents take care of the baby.

Little Flower Hut Singapore
What Do You Put In A Baby Hamper of Diaper Set

Packs of Diapers

When you send or give diapers as your baby shower gift, it is best to think ahead of possibilities. You may send a few packs for the newborn and some packs for bigger sizes so that the diapers will fit the baby from the first four weeks to the next two months. Kids grow incredibly faster and small sized diapers will no longer be useful.

Diaper Cream 

Diaper cream is the most convenient and effective treatment for diaper rashes. It will be helpful for the baby to get the best treatment right away at the first sign of rashes. If you are sending a baby hamper of diaper set, the new parents will really appreciate it if you will add this item to the hamper.

Diaper wipes

Baby wipes are indispensible and very practical for keeping the baby clean. The baby wipes should be gentle enough and safe for use on baby’s skin, especially in cleaning the delicate skin. On another note, the baby wipes should also be tough enough to clean and remove dirt and even deal with the biggest mess. Sending a newborn hamper Singapore of diapers with baby wipes makes a nice and thoughtful gift for baby shower.

Little Flower Hut, diaper change mat, baby hamper
Little Flower Hut

Diaper Change Mat 

It is very essential and clean for the baby if the parents will have a diaper change mat to bring every time they go out and bring the baby with them. You will complete this baby first month gift of diaper hamper by adding the diaper change mat to the set. There are plenty of choices to choose from at the flower shop or at the gift registry section. 

Giving the gift of baby diapers and accessories on a friend or co-worker or family baby shower party is a simple way of reaching out and saying your words of congratulations. There are hundreds of items to include in the Baby Hamper and the set of diapers is just perfect.






...



spacer

Review Filem Korea Parasite (2019) | Black Comedy Thriller

Sabtu lepas buat pertama kali aku pergi menonton sebuah filem Korea di panggung wayang. Sebelum ni memang tak pernah terfikir pun akan pilih filem Korea kalau nak tengok movie. Tak syak lagi, selama ini aku memang bukan peminat filem Korea dan apa-apa jua yang berkaitan dengan Korea (kecuali produk skincare .. hahahahaa..) Tapi sejak setahun dua ni, tanpa sedar aku mula memberi perhatian kepada filem-filem Korea. Perhatian yang sangat menjurus dan serius. Ya..!

Fenomena ni terjadi sejak aku melanggan UniFi TV full package yang ada channel TvN Movies. Kat situ banyak gila filem-filem Korea yang best. Perlahan-lahan aku jatuh cinta sedikit dengan filem-filem Korea ni. Bukan satu dua filem Korea yang berjaya buat airmata aku tumpah berderai. Jadi, aku ambil keputusan untuk berlaku adil kepada industri filem global. Sampai bila nak tengok filem hindustan, filem tamil, filem hollywood dan filem indonesia sahaja. Aku patut melangkah setapak lagi. Kini filem-filem Korea masuk dalam list 'must watch' aku. Dammmnn..! it's feel so good (sambil senyum kambing).

filem korea paling popular tahun 2019, filem korea terbaru, filem korea paling best 2019, korean movie 2019, the best film of the year,
The Most Talked About Movie In Kore : Parasite (2019)

Review Filem Korea PARASITE (2019)

Sesungguhnya aku mungkin tidak mampu berlaku adil untuk membuat review filem ini. Tak tahu macam mana nak mula sebab filem Korea bukan makanan atau mainan aku. Tapi kalau ikutkan pembacaan awal aku sebelum masuk menonton filem ni, filem Parasite ni adalah sebuah filem black-comedy-thriller. Itu sahaja sudah cukup membuat aku teruja. Tambah pula lepas tengok beberapa sedutan komen penonton yang telah menonton filem ini. Semua kata filem ni best dan wajib di tonton.

Selesai habis menonton filem ini, aku memang cukup puas hati dan sangat bersetuju dengan jolokan yang di berikan. Memang cukup rencah dan perasanya. Cukup comedy, cukup drama, cukup suspen, cukup mesej, cukup segala rasa nak ketawa, nak menangis, nak menjerit dan nak tumbuk dinding sebab geram dengan watak "jahat" dalam filem ni yang sangat mengesankan.

keluarga miskin yang bahagia (pada awalnya)

Wajah-wajah pelakon filem ni bukanlah asing bagi aku sebab pernah menonton filem lakonan mereka dalam filem-filem yang lain. Tapi mohon jangan tanya nama-nama pelakon filem ni, dan jangan tanya nama-nama watak juga. Aku memang dari dulu ada masalah nak hafal nama-nama dalam bahasa Korea. Korang google je lah apa yang patut. Tapi jangan baca Wikipedia atau review filem ni yang ada spoiler. (Harap orang yang suka bagi spoiler filem-filem baru, mati kena hempap dengan durian musang king saiz XXL. Sekian, lepas geram)

Filem Terbaik Korea Untuk Tahun 2019

Salah seorang pengkritik filem di Korea melabelkan filem ini sebagai filem terbaik Korea untuk tahun ini (2019). Beliau begitu yakin sekali memberikan "award" itu walaupun industri filem Korea seperti yang dicanang-canagkan sangat meriah dan tak pernah kering dengan elemen mengejutkan. Tak mustahil akan muncul lagi filem-filem yang bagus sepanjang tahun ini, tapi filem Parasite sudah di label lebih awal. Jadi kalau dah pengkritik filem negara tu sendiri puji melambung, kita nak kata apa lagi kan? Haruslah rasa wajib pergi tengok filem ni. Nak juga tahu apa yang best sangat tu. 

antara yang kaya dengan yang miskin, tiada watak jahat di antaranya

Filem ni bermula dengan elemen drama kekeluargaan yang "menyedihkan" tapi berjaya buat aku tersenyum. Sebab realistik. Memang ada keluarga yang hidup susah dan merempat di mana-mana. Bukan di Korea sahaja. Tapi bila di filemkan, ia jadi sesuatu yang menyentuh hati dan perasan. Semacam tak percaya ada lagi manusia yang hidup sebegitu daif tapi bahagia. Boleh bergelak ketawa dan ceria meraikan hal-hal kecil dalam hidup mereka.

Jangan risau, filem ni bergerak lancar dan mula laju di pertengahan cerita. Jadi tak sempat nak rasa boring apatah lagi mengantuk. Dialong dalam filem ni banyak menyelitkan mesej kemasyarakatan. Buat kita terasa-rasa di dalam hati. Dan ada dialog-dialog lucu yang makan dalam. Persembahan dan perkembangan watak bergerak smooth seiring jalan cerita. Aku tak mampu nak pilih watak mana lebih bagus dari watak yang lain, sebab semua watak di mainkan seimbang. Sama berat dan sama mengkagumkan. Pandai pengarah pilih barisan para pelakonnya. Menjadi..!


Klimaks filem ini paling mengujakan. Aku sampai tak senang duduk. Tak boleh nak bersandar sebab berdebar-debar. Rasa nak melompat dan menyorok bawah kerusi dalam masa yang sama. Masa ni elemen thriller tu di garap padu. Dalam hati kau akan menjerit "no..! oh no..!! hell no..! shit no..! no..!" dan mungkin macam-macam sumpah seranah lagi. Geram dan cemas bergulung-gulung dalam hati. Nasib baik aku tengok kat panggung wayang, tak boleh nak menjerit dan menyumpah..! Kalau aku tengok movie ni kat rumah, confirm aku dah berdiri dan 'bersajak' kat depan tv tu. Isyyhhkk..!!

tanpa keberanian, mimpi tak akan bermakna

Korang kena pergi tonton sendiri filem ni. Walau bukan filem aksi atau filem seram, tapi filem ni berjaya buat jantung aku berdegup 240 km/j. Ada juga scene yang buat aku sebak, betul-betul rasa nak muhasabah diri. Banyak hal yang kita terlupa nak bersyukur. Paling best elemen mendebarkan dicampur gaul dengan elemen lucu tu. Kau macam nak gelak, tapi suspen, lepas tu macam nak senyum tapi dalam masa sama melopong tengok scene demi scene. Memang hebat pengarah filem ni memainkan perasaan aku.

Lakonan setiap seorang pelakon aku boleh katakan cemerlang. Terutama watak keluarga miskin tu. Superb..! Watak keluarga kaya pun best juga, dari mak bapa sampai anak-anak diaorang. Semua membawakan watak masing-masing dengan bersahaja. Dalam filem ni, paling mendebarkan watak anak lelaki keluarga kaya sebab dia yang tahu segala misteri sebenarnya. Setiap kali watak budak ni keluar, aku rasa nak menjerit..! hahahahaha.. "Seram" weiiii.. :p

jujur dan amanah terlalu mahal harganya

Pengajaran Dari Filem Parasite (2019)

Motif dan mesej yang nak di sampaikan dalam filem ni mudah dan sangat basic sahaja tapi cara penceritaan tu yang buat filem ni kompleks dan menarik. Ada banyak cara nak didik masyarakat dan salah satunya adalah melalui filem. Aku kira filem ini berjaya deliver mesej dan pengajaran dengan baik. Antaranya adalah :

~  Kau boleh jadi miskin dan kau boleh jadi kaya tapi dua-dua belum tentu bagi bahagia


~  Kaya atau miskin bukan pengukur kau manusia baik atau jahat.
~  Nak jadi kaya dengan cara mudah memang boleh tapi bukan kekal selama-lamanya
~  Jujur dan amanah adalah dua hal yang sangat mahal dalam dunia sekarang ni.
Menipu dan mengeksploitasi pula adalah permainan dunia sekarang. Deal with it..!
~  Dua keluarga miskin boleh pilih untuk saling bekerjasama dan sama-sama jadi kaya atau boleh pilih untuk saling bermusuhan, bergaduh, dengki mendengki malah saling bunuh membunuh. Pilihlah ikut akal fikiran bukan ikut perasaan.
~  Nak jadi parasite perlukan bakat dan keberanian. Tapi bila salah guna bakat, merana jadinya.
~  Yang pandai selalunya miskin, yang bodoh selalunya kaya. Why..?
~  Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin semakin miskin. Hakikat.
~  Apa yang penting kerjasama...! (baca dengan nada penuh semangat). Kerana tanpa kerjasama, tak ada apa-apa yang boleh kau dapatkan. You are nothing without your family and friends

Bagi aku filem ini mengesankan dan memuaskan hati aku. Keluar dari panggung, aku berasa puas dan mampu berasa bangga untuk mengaku aku pernah tonton filem ni. Selain dari itu, aku belajar tentang menghargai impian dan cita-cita orang lain. Jangan perlekehkan impian orang lain walaupun pada dasarnya impian itu nampak tak logik. Kita tak akan pernah tahu apa yang orang lain sanggup buat demi sebuah impian. We never ever know..!

hiduplah baik-baik, jadilah orang yang baik-baik, korea movie star, the most popular actor in korea
manusia tak akan percayakan orang lain kalau tak boleh percaya diri sendiri

Hiduplah baik-baik dan jadi orang yang baik-baik. Keadaan tak akan selalu menyebelahi kita dan tak semua yang kita angan-angankan akan jadi kenyataan, tapi itu bukan alasan untuk kita jadi jahat dan jadi orang yang mengambil kesempatan di atas kekurangan dan ketidak mampuan orang lain.

Jadilah orang yang berani bermimpi dan berani mengejar mimpi-mimpi itu sampai jadi kenyataan. Tak ada benda percuma dalam dunia ni (kecuali kasih sayang dan rahmat Allah s.w.t.). Semua benda kena berusaha. Semua benda ada nilai dan harga yang perlu kita 'bayar' untuk mendapatkannya. Jangan mudah percaya kepada orang lain kerana semuanya adalah tergantung kepada diri kita sendiri juga akhirnya. 






p/s  :  Siapa lagi dah tonton filem Parasite ni, please share pandangan korang. Thanks sudi baca review tak sempurna dari aku. Yang belum tonton filem ni, aku cadangkan cubalah pergi tonton (kalau masih sempat). Tak rugi. Enjoy..!



...

spacer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...