Sabtu lepas buat pertama kali aku pergi menonton sebuah filem Korea di panggung wayang. Sebelum ni memang tak pernah terfikir pun akan pilih filem Korea kalau nak tengok movie. Tak syak lagi, selama ini aku memang bukan peminat filem Korea dan apa-apa jua yang berkaitan dengan Korea (kecuali produk skincare .. hahahahaa..) Tapi sejak setahun dua ni, tanpa sedar aku mula memberi perhatian kepada filem-filem Korea. Perhatian yang sangat menjurus dan serius. Ya..!
Fenomena ni terjadi sejak aku melanggan UniFi TV full package yang ada channel TvN Movies. Kat situ banyak gila filem-filem Korea yang best. Perlahan-lahan aku jatuh cinta sedikit dengan filem-filem Korea ni. Bukan satu dua filem Korea yang berjaya buat airmata aku tumpah berderai. Jadi, aku ambil keputusan untuk berlaku adil kepada industri filem global. Sampai bila nak tengok filem hindustan, filem tamil, filem hollywood dan filem indonesia sahaja. Aku patut melangkah setapak lagi. Kini filem-filem Korea masuk dalam list 'must watch' aku. Dammmnn..! it's feel so good (sambil senyum kambing).
![]() |
The Most Talked About Movie In Kore : Parasite (2019) |
Review Filem Korea PARASITE (2019)
Sesungguhnya aku mungkin tidak mampu berlaku adil untuk membuat review filem ini. Tak tahu macam mana nak mula sebab filem Korea bukan makanan atau mainan aku. Tapi kalau ikutkan pembacaan awal aku sebelum masuk menonton filem ni, filem Parasite ni adalah sebuah filem black-comedy-thriller. Itu sahaja sudah cukup membuat aku teruja. Tambah pula lepas tengok beberapa sedutan komen penonton yang telah menonton filem ini. Semua kata filem ni best dan wajib di tonton.
Selesai habis menonton filem ini, aku memang cukup puas hati dan sangat bersetuju dengan jolokan yang di berikan. Memang cukup rencah dan perasanya. Cukup comedy, cukup drama, cukup suspen, cukup mesej, cukup segala rasa nak ketawa, nak menangis, nak menjerit dan nak tumbuk dinding sebab geram dengan watak "jahat" dalam filem ni yang sangat mengesankan.
![]() |
keluarga miskin yang bahagia (pada awalnya) |
Wajah-wajah pelakon filem ni bukanlah asing bagi aku sebab pernah menonton filem lakonan mereka dalam filem-filem yang lain. Tapi mohon jangan tanya nama-nama pelakon filem ni, dan jangan tanya nama-nama watak juga. Aku memang dari dulu ada masalah nak hafal nama-nama dalam bahasa Korea. Korang google je lah apa yang patut. Tapi jangan baca Wikipedia atau review filem ni yang ada spoiler. (Harap orang yang suka bagi spoiler filem-filem baru, mati kena hempap dengan durian musang king saiz XXL. Sekian, lepas geram)
Filem Terbaik Korea Untuk Tahun 2019
Salah seorang pengkritik filem di Korea melabelkan filem ini sebagai filem terbaik Korea untuk tahun ini (2019). Beliau begitu yakin sekali memberikan "award" itu walaupun industri filem Korea seperti yang dicanang-canagkan sangat meriah dan tak pernah kering dengan elemen mengejutkan. Tak mustahil akan muncul lagi filem-filem yang bagus sepanjang tahun ini, tapi filem Parasite sudah di label lebih awal. Jadi kalau dah pengkritik filem negara tu sendiri puji melambung, kita nak kata apa lagi kan? Haruslah rasa wajib pergi tengok filem ni. Nak juga tahu apa yang best sangat tu.
![]() |
antara yang kaya dengan yang miskin, tiada watak jahat di antaranya |
Filem ni bermula dengan elemen drama kekeluargaan yang "menyedihkan" tapi berjaya buat aku tersenyum. Sebab realistik. Memang ada keluarga yang hidup susah dan merempat di mana-mana. Bukan di Korea sahaja. Tapi bila di filemkan, ia jadi sesuatu yang menyentuh hati dan perasan. Semacam tak percaya ada lagi manusia yang hidup sebegitu daif tapi bahagia. Boleh bergelak ketawa dan ceria meraikan hal-hal kecil dalam hidup mereka.
Jangan risau, filem ni bergerak lancar dan mula laju di pertengahan cerita. Jadi tak sempat nak rasa boring apatah lagi mengantuk. Dialong dalam filem ni banyak menyelitkan mesej kemasyarakatan. Buat kita terasa-rasa di dalam hati. Dan ada dialog-dialog lucu yang makan dalam. Persembahan dan perkembangan watak bergerak smooth seiring jalan cerita. Aku tak mampu nak pilih watak mana lebih bagus dari watak yang lain, sebab semua watak di mainkan seimbang. Sama berat dan sama mengkagumkan. Pandai pengarah pilih barisan para pelakonnya. Menjadi..!
Klimaks filem ini paling mengujakan. Aku sampai tak senang duduk. Tak boleh nak bersandar sebab berdebar-debar. Rasa nak melompat dan menyorok bawah kerusi dalam masa yang sama. Masa ni elemen thriller tu di garap padu. Dalam hati kau akan menjerit "no..! oh no..!! hell no..! shit no..! no..!" dan mungkin macam-macam sumpah seranah lagi. Geram dan cemas bergulung-gulung dalam hati. Nasib baik aku tengok kat panggung wayang, tak boleh nak menjerit dan menyumpah..! Kalau aku tengok movie ni kat rumah, confirm aku dah berdiri dan 'bersajak' kat depan tv tu. Isyyhhkk..!!
![]() |
tanpa keberanian, mimpi tak akan bermakna |
Korang kena pergi tonton sendiri filem ni. Walau bukan filem aksi atau filem seram, tapi filem ni berjaya buat jantung aku berdegup 240 km/j. Ada juga scene yang buat aku sebak, betul-betul rasa nak muhasabah diri. Banyak hal yang kita terlupa nak bersyukur. Paling best elemen mendebarkan dicampur gaul dengan elemen lucu tu. Kau macam nak gelak, tapi suspen, lepas tu macam nak senyum tapi dalam masa sama melopong tengok scene demi scene. Memang hebat pengarah filem ni memainkan perasaan aku.
Lakonan setiap seorang pelakon aku boleh katakan cemerlang. Terutama watak keluarga miskin tu. Superb..! Watak keluarga kaya pun best juga, dari mak bapa sampai anak-anak diaorang. Semua membawakan watak masing-masing dengan bersahaja. Dalam filem ni, paling mendebarkan watak anak lelaki keluarga kaya sebab dia yang tahu segala misteri sebenarnya. Setiap kali watak budak ni keluar, aku rasa nak menjerit..! hahahahaha.. "Seram" weiiii.. :p
![]() |
jujur dan amanah terlalu mahal harganya |
Pengajaran Dari Filem Parasite (2019)
Motif dan mesej yang nak di sampaikan dalam filem ni mudah dan sangat basic sahaja tapi cara penceritaan tu yang buat filem ni kompleks dan menarik. Ada banyak cara nak didik masyarakat dan salah satunya adalah melalui filem. Aku kira filem ini berjaya deliver mesej dan pengajaran dengan baik. Antaranya adalah :
~ Kau boleh jadi miskin dan kau boleh jadi kaya tapi dua-dua belum tentu bagi bahagia
~ Kaya atau miskin bukan pengukur kau manusia baik atau jahat.
~ Nak jadi kaya dengan cara mudah memang boleh tapi bukan kekal selama-lamanya
~ Jujur dan amanah adalah dua hal yang sangat mahal dalam dunia sekarang ni.
~ Menipu dan mengeksploitasi pula adalah permainan dunia sekarang. Deal with it..!
~ Dua keluarga miskin boleh pilih untuk saling bekerjasama dan sama-sama jadi kaya atau boleh pilih untuk saling bermusuhan, bergaduh, dengki mendengki malah saling bunuh membunuh. Pilihlah ikut akal fikiran bukan ikut perasaan.
~ Nak jadi parasite perlukan bakat dan keberanian. Tapi bila salah guna bakat, merana jadinya.
~ Yang pandai selalunya miskin, yang bodoh selalunya kaya. Why..?
~ Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin semakin miskin. Hakikat.
~ Apa yang penting kerjasama...! (baca dengan nada penuh semangat). Kerana tanpa kerjasama, tak ada apa-apa yang boleh kau dapatkan. You are nothing without your family and friends.
Bagi aku filem ini mengesankan dan memuaskan hati aku. Keluar dari panggung, aku berasa puas dan mampu berasa bangga untuk mengaku aku pernah tonton filem ni. Selain dari itu, aku belajar tentang menghargai impian dan cita-cita orang lain. Jangan perlekehkan impian orang lain walaupun pada dasarnya impian itu nampak tak logik. Kita tak akan pernah tahu apa yang orang lain sanggup buat demi sebuah impian. We never ever know..!
![]() |
manusia tak akan percayakan orang lain kalau tak boleh percaya diri sendiri |
Hiduplah baik-baik dan jadi orang yang baik-baik. Keadaan tak akan selalu menyebelahi kita dan tak semua yang kita angan-angankan akan jadi kenyataan, tapi itu bukan alasan untuk kita jadi jahat dan jadi orang yang mengambil kesempatan di atas kekurangan dan ketidak mampuan orang lain.
Jadilah orang yang berani bermimpi dan berani mengejar mimpi-mimpi itu sampai jadi kenyataan. Tak ada benda percuma dalam dunia ni (kecuali kasih sayang dan rahmat Allah s.w.t.). Semua benda kena berusaha. Semua benda ada nilai dan harga yang perlu kita 'bayar' untuk mendapatkannya. Jangan mudah percaya kepada orang lain kerana semuanya adalah tergantung kepada diri kita sendiri juga akhirnya.
p/s : Siapa lagi dah tonton filem Parasite ni, please share pandangan korang. Thanks sudi baca review tak sempurna dari aku. Yang belum tonton filem ni, aku cadangkan cubalah pergi tonton (kalau masih sempat). Tak rugi. Enjoy..!
...
5 Comments
Pergh baca review pun dah memikat hati ni. Heheheh
ReplyDeleteFilem ni lebih memikat buat terpikat dan terikat.. hehehehe.. :)
Delete...
Filem dari Korea rata2 nya berkualiti. Hanya tinggal nak tengok mana yang kena dengan taste kita ja :D
ReplyDeleteSha baca review ada yang tak puas hati dengan ending movie ni? Ending dia jatuh kategori apa kak?
ReplyDeleteBest tengok filem ni. Memang parasite betul keluarga miskin tu. Disebabkan nak kaya sampai sanggup buat macam macam sampai rumah tu dah macam rumah dorang lak. Orang kaya pulak tak bijak, senang je kena tipu. Ish ish...
ReplyDelete