Depresi Dan Bunuh Diri

It is so heart breaking bila tiba-tiba kita dengar berita mengejut tentang siapa sahaja yang memilih untuk bunuh diri kerana depresi. Sama ada artis, ahli sukan, ahli politik atau rakyat biasa -- sama sahaja. Ia adalah khabar yang sangat berat untuk diterima. Terutama jika mereka yang bunuh diri tu pergi tanpa menunjukkan apa-apa tanda yang dia sedang menanggung sakit di dalam jiwanya. Macam dalam mimpi je tiba-tiba mereka pergi begitu sahaja tanpa kata-kata. Bayangkan perasaan insan-insan terdekat dengan mereka. Hancurnya hati. 

Sushant Sigh Rajput death because depression
Sushant Sigh Rajput


Depresi dan Bunuh Diri Saling Berkait 

Bunuh diri satu hal, depresi satu hal yang lain. Dua-dua adalah hal yang besar dan sangat susah dijelaskan. Walaupun tak semua orang bunuh diri kerana depresi dan tak semua pesakit depresi ada suicide thought dalam diri mereka, tapi sejak dari dulu bunuh diri dan depresi selalu berkait rapat. Bergulung-gulung dan saling menyerabutkan. Tak mudah diselesaikan begitu sahaja. Dan tolong jangan ambil mudah kedua-dua hal ini. Hanya yang pernah alami atau ada ahli keluarga dan kenalan terdekat yang pernah alami sahaja yang mungkin akan faham. 

Bukan ahli keluarga sahaja yang akan terkesan bila ada yang pilih untuk bunuh diri kerana depresi, tapi sahabat dan kenalan rapat juga akan terkesan. Mereka akan membawa rasa bersalah di dalam diri tu sampai bila-bila. Rasa macam tak cukup baik untuk mangsa, tak cukup ambil berat, tak cukup mendengar dan tak cukup menolong dia. Paling sakit bila mereka langsung tak pernah sangka selama ini mangsa menanggung depresi. Bila dah mati, baru perasan itu dan ini. Mungkin kerana dia memang perahsia atau selama ini dia adalah pelakon hebat yang bijak menyimpan rasa. Ahli keluarga dan kenalan rapat akan rasa bersalah kerana tak berjaya memahami dia. Rasa bersalah tu sangat berat sebenarnya, silap-silap depresi tu akan "berjangkit" pula kepada ahli keluarga dan kenalan rapat mangsa. 


Sebab tu juga, bila dengar berita ada yang pilih untuk bunuh diri kerana depresi cuba elakkan hal-hal ini : 
  • Mencari siapa yang patut di salahkan 
  • Menunding jari kepada ahli keluarga dan kenalan rapat mangsa 
  • Mengungkit hal-hal lama yang menimbulkan salah faham 
  • Mempersoalkan peranan ahli keluarga dan kenalan rapat 
  • Membuka aib mangsa atau ahli keluarganya 
  • Membuka semula kisah-kisah lama mangsa yang kononnya seperti bayangan (hint) kenapa mangsa bunuh diri 
  • Tercari-cari dan mengkontroversikan suicide notes mangsa 
  • Berteka-teki tentang punca mangsa bunuh diri sehingga menimbulkan fitnah (fake news
  • Bersangka-sangka dan mengaitkan mangsa dengan individu lain tanpa bukti yang jelas  

Kontroversi Kematian Sushant Sigh Rajput 

Sudah masuk empat hari aku cuba menahan diri dari menulis tentang kisah kematian Sushant Sigh Rajput pada hari ahad lepas. Seperti ramai orang, aku pun sangat terkejut sampai hilang kata-kata. Walaupun aku bukan peminat rapat dia tapi selama ni aku suka dia. Suka lakonan dia. Suka renungan mata dia yang deep dan senyuman dia yang nampak ikhlas. Dia special. Dia selalu berjaya mencuri perhatian aku dengan cara tersendiri. Tak semua filem dia aku sempat tonton, tapi aku paling suka dia dalam Raabta dan PK. Lepas ni aku harap dapat tonton M.S Dhoni dan Chhichhore. Nanti aku cari. 

Sushant Sigh Rajput death because depression
one million thousand smiles 
Beberapa hari ni aku banyak baca tentang cerita Sushant terutama isu nepotism dalam industri filem Bollywood yang kononnya menjadi punca utama kenapa Sushant depresi. Banyak isu terbongkar dan meletup-letup bagai taburan bunga api di awal tahun baru. Segala yang busuk dan buruk didedahkan. Beberapa nama dikaitkan dan diaibkan secara terang-terangan. Muncul pula "hero heroin" jadian yang berlumba-lumba nak perjuangkan nasib Sushant kononnya. Ahh.. jelak. Aku betul-betul jelak rasa nak muntah. 

Aku bukan nak back up golongan nepotism ni tapi sesungguhnya aku paling benci bila melihat manusia yang suka menangguk di air yang keruh. Manusia yang suka nak mencuri perhatian secara murahan. Orang tengah terkejut dan bersedih, tapi mereka sibuk nak salah-menyalahkan. Tunding jari kepada orang lain memang senang, tapi cuba tanya diri sendiri : apa yang kamu dah buat untuk selamatkan dia..? Tak ada kan..? Jadi, diam lah. Kamu sama sahaja seperti orang yang kamu mengata tu. Dia ada salah, kamu pun ada salah. Dan menyalahkan orang lain tak bermakna kamu betul. 

Yang mati, tetap dah mati. Kita yang masih hidup ni berhentilah dari menyakiti satu sama lain. Kita sepatutnya lebih berkasih sayang, lebih menghargai, lebih terkesan dan jadi lebih prihatin selepas ini. Bukan jadi bitter dan asyik menyalahkan orang lain. Bukan masa kita nak bermusuh tapi ini masa untuk lebih berbaik-baik dengan semua orang. Kita tak tahu kematian kita nanti macam mana keadaanya dan siapa yang berada di sisi kita pada waktu itu. Beringatlah. 

Tribute Peribadi Untuk Sushant Sigh Rajput 

Selama aku kenal Sushant di layar perak ni tak pernah sekali Sushant merungut tentang isu nepotism malah dia sangat positif orangnya. Dia bukan lelaki biasa, dia bijak -- belajar bidang kejuruteraan. Dia seorang pemikir dan suka membaca. Dia suka bulan, bintang, planet dan alam semesta. Dia bukan biasa-biasa. Dia sangat istimewa. Tapi memang dia kurang bersosial, tak ramai kawan dan pendiam. Apa salahnya kalau dia jadi diri sendiri.

Sushant Sigh Rajput death because depression, mental issue

Menjadi pelakon adalah pilihan dia sendiri walaupun dia bermula sebagai penari iringan. Sushant seorang pelakon yang work hard and sincere dengan bakatnya. Dia mencuba banyak watak berbeza dan kita boleh nampak dia memang pelakon yang versatile. Kematian dia memang satu kehilangan besar kepada industri kerana bakat besarnya yang berbeza daripada pelakon-pelakon sedia ada. Aku sendiri lebih menyukai dan mengkagumi lakonan Sushant berbanding Varun Dhawan, Arjun Kapoor, Aditya Roy Kapoor, Tiger Sharoff dan lain-lain pelakon yang sezaman dengannya (sekadar menamakan sebahagiannya). 

Tapi dalam industri seni ni peluang adalah berbeza-beza dan peluang tu kadang datang awal bagi sesetengah orang, kadang datang lewat bagi sesetengah orang yang lain. Aku percaya Sushant sangat faham perkara ini dan dia sentiasa bersedia untuk berjuang dalam bidang yang dia sendiri pilih ini. Aku tak rasa Sushant jenis yang nak di layan special bagai raja tapi dia cuma nak peluang untuk dapat terus berkongsi bakatnya. Peluang -- itu sahaja. 

Apa yang penting just be yourself.. be truthful for your craft.. work hard.. be humble.. be brave and never stop trying.. :) Aku percaya Sushant dah buat semua tu. Dia bertahan sudah cukup lama dan telah berjaya membuktikan kerja keras dia selama ini memang membuahkan hasil. Dia berjaya memahat namanya dalam industri -- itu satu kejayaan yang besar untuk seseorang pelakon yang tidak ada GodFather dalam industri. Cuma sayangnya....... Sushant pilih untuk berhenti pada 14 Jun 2020. Apa yang ada dalam hatinya, hanya dia yang tahu. Apa yang sebenar-benarnya dia lalui selama ini, hanya dia yang tahu. Sakit perih yang dia tanggung, hanya dia yang rasa. Siapa kita untuk mengadili keputusannya. 

Aku masih bersedih. Sebak di dalam dada yang masih bersarang. 
Selepas kematian Irrfan Khan tempoh hari, kali ini Sushant Sigh pula. 
Aku harap selepas ini tiada berita sedih lagi. Tak mampu nak hadam dah. 

Sushant Sigh Rajput death because depression

Aku rasa, aku kena berhenti baca tentang pergaduhan dan pergolakkan dalam industri Bollywood sekarang ni. Sesak dada aku. Biarlah mereka nak bergusti pun, aku nak pergi tenangkan diri. Aku rasa kalau Sushant masih hidup pun dia akan benci tengok rakan-rakan artis bergaduh dan bercakar macam ni. Sushant mesti sedih kalau tahu kematian dia menjadi punca orang bergaduh. 

Apapun, yang paling penting aku harap kita semua dapat ambil iktibar dari apa yang telah berlaku. Then, move on lah. Hidup kita tanggungjawab kita tapi jangan lupa Kita Jaga Kita (",) 



... 







spacer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...