Ini filem yang membawa mesej besar dan berat tapi disampaikan dengan ringan dan berbentuk hiburan. Di sulam lagu-lagu ceria, rancak dan sinematografi berwarna-warni yang meriah sesuai kebiasaan orang Chandigarh serta skrip bersahaja yang membuatkan filem ini fresh -- menarik di tonton tanpa sempat jemu. Tapi berbalik kepada mesej berat yang cuba di sampaikan, aku harap penonton dapat membuat penilaian yang matang tanpa terikut-ikut dengan penilaian melulu.
Of course, dalam kehidupan nyata ia tidak semudah yang kita tonton di dalam filem.
Chandigarh Kare Aashiqui (2021) |
Kekuatan Filem Chandigarh Kare Aashiqui
Biar aku straight to the point sahaja. Ini filem tentang trans-women yang berusaha untuk menjalani kehidupan normal di dalam kelompok masyarakat yang agak konservatif di Chandigarh. Ya, filem ini berkisar tentang Maanvi (lakonan Vaani Kapoor) yang cantik, tinggi lampai, figure yang solid dan mantap, sexy dan baik hati tapi rupa-rupanya seorang trans-woman. Maanvi jatuh cinta kepada Mannu (lakonan Ayushman Khurrana) yang merupakan seorang body builder dan pemilik bersama sebuah gym tempat di mana Maanvi dan Mannu berjumpa.
Ini kekuatan dan mesej besar filem ini. Sebuah karya yang tidak asing bagi orang India sebab di sana isu trans-woman mahupun trans-man adalah biasa dan dibincangkan secara meluas lagi terbuka. Filem ini cuba mempotretkan keseimbangan, penerimaan dan bagaimana masyarakat sepatutnya tidak terlalu judgemental terhadap golongan ini. Tidaklah terlalu melodramatik, tetapi mengesankan.
Bagi aku, filem ini berjaya menyampaikan mesejnya dan meninggalkan sesuatu untuk aku.
Menerima Seadanya Insan Yang Dicintai
Paling aku suka tentang filem ni bila di tunjukkan bagaimana watak Mannu tu jadi bijak bila rujuk doktor dan kaunseling untuk dapatkan lebih kefahaman tentang golongan trans-woman tu sendiri. Tidaklah Mannu ikut perangai kakak-kakak dia yang annoying tu. Sekali gus kita sebagai penonton pun dapat ilmu baru. Siap ditunjukan grafik ringkas bagaimana proses trans-woman tu boleh di buat. Ilmu penting tapi di tunjukkan secara tak kompleks macam tu menjadikan filem ni ada kualiti tersendiri dan ada isi yang boleh di bawa balik oleh penonton.
gandingan Ayushman Khuranna bersama Vaani Kapoor |
Ada yang masih keliru -- trans-woman ni kira Gay juga ke..? Sebab dia suka dan jatuh cinta kepada lelaki juga. Dalam filem ni, Maanvi bukan gay walaupun dia dilahirkan sebagai lelaki. Naluri dia perempuan, dia buat pembedahan jantina jadi perempuan dan sekarang dia betul-betul percaya dia adalah perempuan. Jadi dalam kisah cinta Maanvi dengan Mannu -- ia adalah kisah cinta antara perempuan dengan lelaki. Bukan cinta sejenis lagi. Tapi Maanvi dan Mannu ni boleh di kira duduk dalam golongan LGBTQ lah juga.
Adakah Mannu boleh menerima insan yang dicintai itu asalnya seorang lelaki..? Adakah Mannu berasa jijik, tertipu dan terhina..? Of course. Siapa pun menjadi Mannu akan merasai perkara tu. Mannu pun mengamuk bila mula-mula dapat tahu. Tapi responds daripada Maanvi pula tenang dan matang. Maanvi cuba untuk fahamkan Mannu tapi dalam masa yang sama, Maanvi tahu tak mudah untuk Mannu menerima begitu sahaja. Mannu perlukan masa, perlukan sokongan, perlukan penerangan yang professional.
Bagaimana pula dengan penerimaan keluarga Maanvi..? Adakah keluarga Maanvi menerima atau memulaukan Maanvi..? Part ni cliche sikit tapi masih boleh diterima. Aku suka semua scene dan skrip Maanvi dengan ayah dan ibu dia. Scene demi scene tu di sampaikan dengan emosi yang penuh. And again, dalam filem nampak macam mudah kan..? Hakikat dan realitinya tak semudah itu. Kita semua tahu.
romantic comedy di adun seimbang dengan scene berat beremosi |
Gandingan Vaani Kapoor dan Ayushman Khurrana
Pemilihan Vaani Kapoor sebagai Maanvi paling tepat. Dan dia mempamerkan kualiti lakonan yang professional, matang dan natural walaupun di dalam scene berahi. Sejak dia buat pembedahan kosmetik pada wajah, memang nampak macam trans-woman pun.. oppsss..! Tapi aku kira filem ini adalah tuah jatuh ke riba buat Vaani. Sekurang-kurangnya berbaloi la kena kutuk teruk-teruk lepas 'buat muka' dulu tu. Ada juga manfaat untuk karier dia.
Paling di puji bila lakonan Vaani menampakkan kematangan dia walaupun tak banyak pun filem lakonan dia untuk dibuat rujukan. Tapi berbanding Befikre, filem ni nampak kebolehan sisi lain dalam kemampuan lakonan Vaani. Nampak bersahaja dan natural. Aku memang hampir percaya Vaani ni trans-woman sebenar.. hahahaha..! come on la.. :p
Berbeza lakonan Ayushman Khurrana pada aku agak mendatar. Macam tak ada apa nak dibandingkan sangat. Emosi juga melompat-lompat tak dipegang kemas. Mungkin pengarah nak watak Mannu ni komikal sikit -- ada serius, ada lucu, ada depress.. tapi telalu laju emosi tu bertukar-tukar jadi sedikit mengelirukan. Bab kesungguhan Ayushman bina otot demi untuk filem ni, boleh dipuji. Memang dia show off habis body ketul-ketul dia. Tapi personally aku suka Ayushman yang dulu. Paling suka dia dalam filem Dum Laga Ke Haisha. Tapi tak kan nak ambik watak streotype je kan, elok juga bila Ayuhsman berani take risk dan sanggup transform untuk watak. Bagus..!
Kesimpulan
Sebelum menonton filem ini, mohon buka hati dan minda untuk menerima ia sebagai naskhah hiburan dan seni. Ini cuma filem dan ini filem negara luar, budaya luar dan paling penting kepercayaan agama yang berbeza. Sebagai muslim, ini bukan filem untuk merasional hukum apatah lagi untuk di jadikan kayu ukur yang mana halal yang mana haram. Bukan. Banyak kali dah aku pesan benda yang sama bila review filem hindustan. Harap anda semua terbuka ya..!
Ini juga bukan filem untuk bawah umur. Ada adengan panas dan beberapa skrip yang boleh mengelirukan. Tapi olahan pengarah filem ni : Abishek Kapoor aku kira cemerlang juga. Tak terlalu kompleks dan menyesakkan kepala. Disusun ringkas satu per satu jadi kita tonton dengan releks. Suka juga aku tekankan selain berkisar kisah cinta Maanvi dan Mannu, filem ni juga menyelitkan kisah-kisah sampingan yang melengkapkan jalan cerita. Rasa normal. Tak ada scene tak logik atau dibuat huru-hara.
mesej berat tapi masih boleh enjoy |
Isu transgender di seluruh dunia sudah menjadi isu global. Suka atau tidak kita hidup di dalam zaman semuanya kelihatan kabur. Kita di asak saban hari bahawa "Hidup ini adalah pilihan" jadi semua orang berhak memilih untuk jadi apa dan bagaimana. Cuma sebagai muslim, kita ada pegangan. Kita ada guide line. Dan ada batas-batas yang haram kita langkaui. Al-Quran dan Sunnah adalah penyelamat kita, tanpa keduanya kita sama seperti mereka. Hanyut. Tak tahu mana tempat nak dirujuk. Hanya ikut hati dan naluri. Kononnya dia lah yang paling betul dan paling jujur. Hakikatnya mereka lupa hidup dan seluruh yang kita ada ini bukan milik kita. Esok lusa, tak tahu bila.. kita akan kembali kepada Pencipta kita dalam bentuk asal kita dihidupkan. #DoneSelitTazkirah
Untuk peminat filem hindustan, ini satu lagi filem rom-comedy yang berbaloi untuk di tonton di Netflix bagi mengisi hujung minggu kalian. Selamat menonton. Dan terima kasih kepada FarhanaJafri yang review filem ni lebih awal dan buat aku tertarik hati nak tonton juga. Tapi dia lagi padu buat review, boleh klik dan baca kat blog dia okey :)
...
1 Comments
terkejut baca perenggan bawah tu haha thanks kak ain! Review akak pun best jugak baca sampai angguk2 saya dibuatnya. Part vaani tu kelakar okay
ReplyDelete