Membuka tahun baru 2022 dengan pergi ke pawagam demi menonton filem yang mewakili Malaysia ke Anugerah Akademi (OSCAR) ini adalah sesuatu yang membesarkan jiwa dan membanggakan semangat rakyat marhaen seperti aku yang selalu ingin melihat filem-filem tempatan di angkat dan di julang. Sebelum tu aku dah baca ramai yang berkongsi kepuasan mereka menonton filem ni, jadi semangat aku memang berbunga-bunga.
 |
Prebet Sapu (2021) |
Filem berdurasi kurang satu jam setengah ni sangat bersahaja. Straight foward pengarah bagi. Dari mula diperkenalkan dua watak utama sampai selingan daripada pelakon iringan, penonton dapat terus masuk ke dalam jiwa cerita. Naik turun emosi pun tak ada yang huru-hara, tenang sahaja. Mainan skrip dan memek muka menjadikan filem ni tak macam filem tapi macam kita tonton kisah real seharian manusia keliling kita. Kecuali kalau kau golongan kayangan, mungkin menonton filem ni akan membuatkan kau binggung dan tak faham.
Tapi untuk kami (atau kita), filem ini sepertinya cerminan sahaja. Sama. Begitulah kehidupan sederhana rakyat biasa seperti kami (kita). Aku sendiri walau tak pernah jadi pemandu e-hailing ke apa tapi ramaaaaaiiii insan sekeliling aku melakukannya dan mereka bercerita. Scene Aman (lakonan Amerul Affendi) kena "blocked"dari apps Toompang tu, aku boleh faham pedihnya. Lebih sakit hati bila kena blocked bukan sebab salah kita. Memang rasa nak maki free-free je.
 |
filem Malaysia ke OSCAR |
SINOPSIS FILEM PREBET SAPU
Filem Prebet Sapu ni cerita tentang persahabatan tak sengaja terjalin antara Aman dengan Bella (lakonan Mei Fern) berlatar belakangkan Kuala Lumpur. Aman ni kerja bawa kereta e-hailing nama Toompang tapi Aman tak ada lesen sendiri jadi dia guna nama orang lain untuk daftar dalam apps Toompang tu. Kereta yang Aman bawa pun kereta lama yang arwah ayah dia bagi. Mei Fern ni pula selalu guna khidmat Aman bila nak ke mana-mana. Sampailah mereka jadi rapat dan berkawan. Selain tu Aman dengan Bella ni ada la kisah silam masing-masing yang menjadikan mereka "tercampak" ke KL tu.
Ramai pelakon sampingan muncul menambah rasa filem ni antaranya Sharifah Amani, Nadia Nisaa, Namron, Bront Palarae dan ramai lagi. Dalam banyak-banyak scene Aman dengan penumpang dia, aku paling suka scene dia dengan mamat Bangladesh tu. Simple tapi deep bagai di hiris pisau. Kau bayanglah, Aman siang malam jadi pemandu "sapu" nak tampung hidup, si mamat Bangladesh tu gaji sebulan RM1600 siap duduk kondo. Dammmnn..!
Filem ni juga ada menyelitkan senario politik pada masa tu seolahnya dekat nak pilihanraya. Secara sinis menunjukkan bagaimana sebenarnya rakyat tak peduli pun apa wayang ahli politik ni. Dah lali sangat, bila nak pilihanraya je bersepah-sepah muka ahli politik di mana-mana. Tapi lepas habis pilihanraya, batang hidung pun tak nampak. Lesap. Baik parti yang menang atau pun parti yang kalah. Hilang tak tahu ke mana. Bak kata Aman : Siapa pun yang menang, kita macam ni juga
 |
pengarah Muzzamer Rahman |
 |
scene aku paling suka. cantik betul KL dalam hitam putih |
Dari mula filem ni terpapar di layar memang hitam putih. Bukan layar rosak ya. Dah nak hujung-hujung cerita nanti baru penonton difahamkan kenapa filem ni hitam putih. Pada aku that is just brilliant..! Tak sangka sampai begitu sekali pengarah bersimbolik. Yang best lagi tu, cinematography mantap gila dari awal cerita walaupun hitam putih tau. Artistik la orang kata. Dan sebab filem ni bersahaja, santai dan real -- aku kira penghasilan filem ni dari sudut teknikal adalah cemerlang dan sangat memuaskan hati.
Aku juga suka ulasan
Faizal Tehrani tentang filem ni. Boleh baca
DI SINI.
PREBET SAPU -- Big city. Small people. Tough life.
Keseluruhan filem ni memuaskan hati aku sebagai penonton malah aku bangga Malaysia ada filem ni. Tahniah kepada penulis dan pengarah filem ni sampai ke barisan pelakon. Amerul Affendi sebagai Aman memang tak perlu dikata apa-apa lagi. Sangat pro. Dia memang dari dulu berlakon macam tak payah skrip. Lancar sahaja dialog demi dialog siap dengan air muka yang sarat emosi. Tak cakap apa-apa pun dah deliver.. hebat kan..? :) Manakala Mei Fern pun tak kurang gaya, menyeimbangkan watak Aman-Bella seadanya. Dia punya pelat-pelat tu aku suka.
Aman nak jadi polis. Bella nak pergi US.
Tapi mereka berdua tersangkut di Kuala Lumpur membina hidup.
Ending filem ni adalah klimaks kepada pengkisahan mereka. Ending yang terbuka. Tahu-tahu habis ja. Memang tak puas dan berteka-teki tapi aku rasa penonton dah biasa dengan style macam ni. Tak perlu nak tutup cerita satu persatu pun. Penonton tetap boleh faham malah boleh pilih sendiri nak ending macam mana. Terpulang.
 |
more to come..! |
Hidup kita pun tak berakhir lagi. Apa sahaja boleh terjadi.
Apatah lagi kisah Aman dan Bella. Mungkin pengakhiran satu bab sahaja dan ada banyak bab yang lain lagi untuk mereka. Dan aku percaya kisah Aman dan Bella ada dalam kita-kita ni. Sama ada kita kenal atau tidak sahaja. Mereka ada di kalangan kita.
Untuk yang tak sempat menonton Prebet Sapu -- rugi lah.
Tapi untuk yang telah sempat, tahniah dan teruslah menyokong filem-filem tempatan.
Kepada pembikin filem pula, semoga Prebet Sapu menjadi satu lagi tanda aras untuk kalian teruskan usaha. Buat filem hebat-hebat lagi. Kami akan terus support...! :)
...
(sumber gambar : google images)
4 Comments
Belum tengok lagi. Ni salah satu filem yang Naniey nak tengok sgt.. Tapi tak boleh nak ke cinema lagi. Tunggu la kot2 ada tayang kat TV nanti. Kebanyakan movie yang ada Amerul Affendi mesti best..
ReplyDeleteBetul. Pemilihan Amerul Affendi sebagai Aman memang tepat sekali utk filem ni :)
Delete...
Filem yang bagus dan lain dari yang lain. Kira berani jugak buat filem hitam putih dalam zaman moden ni.
ReplyDeleteya.. filem nak di hantar ke Oscar harus berani :)
Delete...