Sejak awal filem ini diwar-warkan kepada umum, aku ada mix feeling terhadapnya. Walaupun ini filem arahan dan terbitan pengarah bernama besar dan terkenal dengan penerbitan filem berskala besar dan bergenre epic bergelar Sanjay Lela Bhansali tapiiiiii aku kira marketing untuk filem ni agak berlebih-lebih mengalahkan filem-filem komersial murahan yang lain. Kat situ aku agak skeptikal.
Rata-rata orang bercakap tentang Alia Bhatt dalam filem ni. Ada yang kata SLB memang buat filem ni untuk Alia Bhatt. Ada juga yang kata, ini adalah performance terbaik dalam sejarah karier Alia yang akan membawa dia ke pentas dunia. Alia akan menang Best Actor again untuk filem ni. Alia akan ke Hollywood kerana filem ni. Alia akan menjadi pelakon terbaik dalam generasinya kerana filem ini. Dan macam-macam lagi rumors yang melemaskan. Maka, tak salahlah kalau aku meletakkan expectation maha tinggi untuk filem ni.. kan..??
 |
Gangubai Kathiawadi (2022) |
GANGUBHAI KATHIAWADI (2022)
Sebuah filem berasaskan kisah benar seorang 'tokoh' wanita bernama Gangubai Kothewali pada era 1960an di India. Wanita ini di angkat sebagai tokoh kerana beliau memperjuangkan hak kumpulan pelacur kelas bawahan di kawasan Kamathipura (berdekatan Mumbai) terutama berkaitan hak pendidikan anak-anak pelacur, hak mengundi, hak bersuara, hak bekerja dan hak mendapatkan rawatan dan kesihatan sama seperti orang lain. Gangu yang bermula sebagai pelacur kanak-kanak (kerana diperangkap oleh teman lelaki) kemudiannya bangkit menjadi ketua dan mempunyai rumah lacurnya sendiri. Gangu juga terlibat dalam penjualan arak, perjudian dan kemudian masuk politik tempatan namun fokus Gangu hanya untuk kebaikan dan menaikkan taraf hidup golongan pelacur di kawasan itu.
Gangu mencapai matlamatnya dengan dibantu oleh mafia paling berkuasa yang juga ahli perniagaan di kawasan itu bernama Karim Lala. Gangubai Kothewali mati pada 1977 dan gambar serta monument dirinya telah diabadikan di kawasan rumah pelacuran tersebut sehingga hari ini. Kisah Gangubai Kothewali ini berserta kisah-kisah mafia lain telah dibukukan secara antalogi pada tahun 2011 dengan judul Mafia Queens of Mumbai.
 |
signature gesture Gangu |
Sanjay Leela Bhansali yang dibantu beberapa orang penulis skrip lain kemudiannya mengadaptasi kisah Gangu ini ke dalam naskah filem. Skrip siap sepenuhnya pada 2019 namun terpaksa dirombak semula selepas watak utama yang sepatutnya diberikan kepada Priyanka Chopra terpaksa bertukar ke tangan Alia Bhatt. Jadual pengambaran juga tertangguh beberapa kali sebelum dunia di landa COVID19 pada awal 2020. Namun filem ini siap sepenuhnya termasuk semua proses editting dan kelulusan pada Jun 2021 dan di tayangkan kepada umum pada Feb 2022. Aku pula baru dapat tonton filem ni pada April 2022 selepas masuk Netflix.
INI PERSEMBAHAN TERBAIK ALIA BHATT ??
Aku memang excited nak tengok filem ni sebab aku peminat Alia Bhatt. Selain tu desas-desus yang mengatakan ini filem terbaik lakonan Alia sendiri. Aku tak sabaaarrrr. Tapi kalau baca sinopsis, aku agak berdebar juga sebab ini naskhah yang besar dan berat untuk seorang Alia yang comel, cute dan baby face walau usianya masuk 29 tahun pada Mac lalu. Pun begitu, sebagai peminat dia.. aku tetap sokong keberanian dan kesungguhan dia menyahut cabaran filem ni. Memang tak mudah nak potretkan figura besar dan terkenal bergelar mafia ke dalam layar perak, tapi aku percaya Alia sudah berikan all out. Cuma apakah usaha dan keberanian Alia berbaloi..??
 |
transformasi watak Gangu |
Ini apa yang aku lekat dalam hati selepas selesai menonton Gangubai Kathiawadi :
- Dari sudut penghayatan watak, Alia tak ada masalah. Sederhana cemerlang. Sampai Alia tukar toned suara dia untuk sesuaikan dengan watak mafia. Aku suka. Solekan, pakaian, prop apa semua vagera vagera tu pun semua mantap. Tak ada masalah. Memang itu kekuatan filem-filem arahan Sanjay Leela Bhansali selama ni. Dia sangat jaga detailing. Good.
- Gesture badan agak naik dan turun. Ada scene Alia berjaya sarung costume Gangu sepenuhnya, macam cara jalan, gerak tangan, memek muka, jelingan mata -- semua saling bersepadu. Tapi ada beberapa scene lain, Alia macam terlupa pakai costume Gangu tu dan dia jadi diri sendiri. Kita boleh nampak Alia dalam Gangu bukan sebaliknya. Sayanglah Alia tak dapat kekalkan momentum tu.
- Aku paling suka scene dia berucap lepas menang pilihanraya kawasan tu. Speech dia padu. Gesture badan dan tone suara Gangu senada seirama dan bikin aku bergenang airmata.
- Paling perit nak tengok scene mula-mula Gangu dipaksa jadi pelacur. Yang bersandar kat pintu depan rumah pelacuran sambil angkat tangan panggil pelanggan tu. Fuhhh...! tersagat hati aku.
 |
antara scene terbaik dalam filem ini |
- Semua scene Gangu dengan Afsaan diadun lembut, romantis namun sederhana. Aku suka semua scene mereka. Lakonan Shantanu pun bagus sekali. Dah la handsome and innocent je muka.. hahahaha. Memang padan dengan watak Afsaan. Cuma kalaulah ditambah konflik untuk watak Afsaan ni biar kompleks sikit, mungkin lebih meninggalkan emosi kepada penonton.
- Lakonan pelakon berpengalaman seperti Ajay Devgan (sebagai Rahim Lala abang angkat Gangu), Seema Pahwa (sebagai mak ayam) dan Vijay Raaz (sebagai musuh politik Gangu yang juga trans-women) semua cemerlang lah. Tak ada apa aku nak komen sangat. Memang mantap. Cuma aku nak bagi perhatian lebih sikit untuk watak lakonan Jim Sarbh (sebagai journalist) dan Indira Tiwali (sebagai kawan baik Gangu) -- dua watak ni disampaikan dengan sangat bagus. Sayang tak dapat perhatian dan pujian ramai.
 |
pelakon pembantu yang menguatkan filem ini |
MENGANGKAT KISAH SEORANG MAFIA QUEEN
Aku bukan orang yang layak merumuskan isu moral dan kredibiliti seorang Gangu dalam kehidupan realiti. Walaupun Gangu masuk dalam kancah pelacuran atas kebodohan dan kenaifan diri sendiri, tapi perjalanan hidup Gangu seterusnya adalah pilhan sendiri. Jadi nak kata Gangu ni mangsa sangat pun bukan, hero sangat pun bukan. Dia tersepit dan terpaksa meneruskan kehidupan based on apa yang ada depan mata. Sekurang-kurangnya melalui watak Gangu, kita belajar untuk tidak berputus asa dengan kehidupan. Berani. Bertahan dan berjuang bila kena masanya.
Untuk filem Gangubai Kathiawadi ni, kalau boleh aku komen :
- Garapan keseluruhan agak meloncat-loncat. Gagal pegang emosi aku untuk keep excited dari mula sampai habis filem. Tak tahu mana silapnya. Jarang-jarang filem SLB longgar begini sekali. Dari sudut story line memang okey, aku tak ada masalah langsung. Cuma pengisian emosi tu macam separuh masak. Ada masa-masa tertentu aku rasa SLB terlalu nak highlight Alia tu sampai scene tu jadi tak perlu, membazir dan tak ada motif untuk keseluruhan cerita Gangu.
- Kalau lah SLB lebihkan scene perjuangan Gangu -- mungkin filem ni lebih sarat motif dan bisa buat penonton mengharu. Setakat scene Gangu berucap dan jumpa Perdana Menteri tu, tak cukup strong. Aku nak tengok lebih banyak scene Gangu turun padang dan berjuang.
- Lagu-lagu dalam filem ni biasa sahaja. Again, tak seperti filem-filem SLB lain yang selalu lagu-lagunya di buat gah dan meriah. Kali ni simple dan macam terbatas. Lagu romantis Gangu dengan Afsaan tu best dan satu lagi lagu Huma Qureshi atas pentas menyanyi sambil duduk je tu pun best.
 |
Hussain Zaidi penulis buku Mafia Queens of Mumbai |
- Betapa aku berharap Priyanka Chopra yang berlakon sebagai Gangu. Oh dammmn..! Mesti lagi best kalau PC yang jadi Gangu sebab body gesture PC superb. Kematangan dan airmuka PC juga lebih sesuai untuk watak mafia wanita. Entahlah. Ini pandangan aku sahaja ya. Sayang sekali PC tak free untuk shoot filem ni.
- Atau kalau tak dapat Priyanka Chopra, mungkin SLB boleh pertimbangkan Tillotama Shome atau Konkona Sen. Dua orang pelakon yang bertubuh kecil molek tapi berbakat besar. Sangat sesuai bawa watak berat dan selalu cemerlang kawal emosi. Setakat nak bawa watak pelacur bawahan dan mafia tu tak ada masalah rasanya. Tapi ye lah, mereka berdua ni tak ada nilai komersial. Cuma kalau diberi peluang, aku yakin watak Gangu Kathiawadi di tangan mereka berdua ni pasti jauuuuuuuhhhhh berbeza perginya..! Sayang sekali.
- Lagipun penulis buku Mafia Queens of Mumbai sendiri menyatakan watak Gangu tu bertubuh kecil, tak cantik sangat pun tapi skill yang menjadikan Gangu pelacur rebutan ramai. Sedangkan dalam filem ni Alia membawa watak Gangu dengan sangat cantik, berkulit cerah dan bersih je selalu. Lebih kepada imej pelacur atasan bukan pelacur setinggan.
 |
Konkona Sen dan Tillotama Shome |
- Keseluruhan filem ni tidaklah mengecewakan. Persembahan lakonan Alia masih di tahap yang cemerlang dan seharusnya diberi pujian. Boleh nampak Alia ulangkaji watak ni sebelum turun ke lokasi dan nampaklah Alia cuba berikan yang terbaik. Alia pun teruja gila dengan filem ni. One of the best peluang yang dia pernah dapat. Untuk portfolio karier, Alia berjaya menambah satu bintang lagi. Aku happy tengok dia keep cabar diri.
- Kalau filem ni datang sedikit kemudian, masa Alia dah lebih matang (diusia hujung 30-an) aku yakin persembahan Alia akan lebih sarat dengan isi. Senang kata, Alia nampak budak-budak sangatlah untuk watak Gangu ni. Dah muka dia memang muka budak-budak kan. Solek la macam mana pun, tetap tak nampak "berat" tu. Lagipun watak Afsaan tu sepatutnya jauhhhhhh lebih muda daripada Gangu. Kira macam Afsaan tu suka wanita lebih tua la. Tapi dalam filem ni watak Gangu dengan Afsaan macam lebih kurang sebaya je.. apooooo...! :(
- Kurang sini sikit, sana sikit.. tu biasalah. Aku boleh maafkan. Selesai menonton filem ni, aku puas hati. Aku bagi 4 dari 5 bintang. Definitely aku akan tonton lagi nanti dan suggest kepada orang lain juga.
- Ambil mesej yang positif daripada filem ini dan semat dalam dada sebaik-baiknya. Setiap kanak-kanak berhak mendapat pendidikan asas dan rawatan kesihatan yang sama rata tak kira siapa pun ibu atau ayah mereka. Semua pekerjaan adalah satu pekerjaan juga akhirnya, sama ada yang halal yang haram, yang berlesen yang tak berlesen -- semua orang perlu kerja untuk teruskan hidup. Hasil pendapatan dari bekerja adalah hak orang yang bekerja. Tak kira sikit atau banyak. Salah atau betul. Itu hak mereka. Jangan mudah pandang rendah pada pekerjaan orang lain walau kita tak bersetuju dengan pilihan mereka.
- Kita boleh tak bersetuju dengan semua benda tapi bukan kuasa kita untuk menghalang orang lain untuk bersetuju. Hak kemanusiaan adalah terpakai ke atas semua manusia cuma perjuangannya sahaja yang berbeza.
 |
Gangu memperjuangkan hak pendidikan anak-anak pelacur |
TAHNIAH untuk semua team yang bertungkus-lumus menyiapkan dan mempersembahkan karya ini. Tambah setangga lagi. Semoga masih ada ruang untuk terus mendaki...! Untuk Alia Bhatt pula, filem Dear Zindagi dan Raazi tetap filem terbaik lakonan dia setakat ni. Gangubai Kathiawadi ni masuk list no.3 lah filem-filem dia yang aku suka :)
Sumber gambar : screenshot from Youtube
2 Comments
Setuju kalau Konkana atau PC bawak watak Gangu lagi best. Ada aura Bollywood Nepotisme di sini. Haha
ReplyDeletekannnn.. bila dah campur tangan Karan Jo tu maknanya paham2 lah.. hahahha.. Soalnya sampai bila Alia nak duduk bawah ketiak Karan Jo tu..? Alia kena berani keluar dari bayang2 Karan Jo. Bukan semua nasihat Karan Jo tu boleh diguna pakai pun... :)
Delete...