Aku baru perasan, tak banyak mana pun review filem hindustan kat blog ni. Malu rasa nak mengaku peminat hindustan tegar tapi jarang-jarang sekali menulis tentang filem hindustan. Bukan aku dah berhenti tengok hindustan tau..! Aku cuma tak sempat nak taip review. Blog ni pun dah lama sepi. Jadi aku banyak buat review filem-filem yang aku tengok kat Instagram je.
REVIEW FILEM HINDUSTAN DI INSTAGRAM
Cuma bila buat review di Instagram ni tak dapat nak ulas panjang sangat lah. Baru taip 3 perenggan pun rasa panjang sangat dah. Berbeza dengan buat review di blog, rasa lebih bebas dan puas nak mengulas tu. Walaupun banyak membebel je pun, maaflah kalau kalian bosan baca review aku yang lebih banyak emotional dari professional.. hehehehe. Tapi macam mana pun, personally aku memang suka membuat review filem di blog dan aku suka baca review orang lain pun di blog juga.
Bila semak balik, last time aku review filem di Instagram pun Ogos 2021. Aduhhh.. sedih betul. Sebenarnya banyak "hutang" nak review ni tapi nantilah aku cari masa dulu. Antara filem yang aku plan nak "simpan" dalam blog ni adalah : Piku (2015), Devdas (2002), 3 Idiots (2009), Barfi (2012), Black (2005), Veer Zaraa (2004) dan Mujhsee Dosti Karoge (2002) -- ini semua filem malar segar yang aku paling suka dan boleh tonton berulang-ulang kali tanpa jemu.
Selain Kuch Kuch Hotta Hai dengan Kabhi Kushi Kabhi Gham lah kan of course..! :)
7 FILEM HINDUSTAN PILIHAN UTAMA
Pun begitu, di Instagram sempatlah juga aku review ringkas filem-filem hindustan lain yang aku suka dan tak jemu tonton berkali-kali. Banyak juga filem aku dah review di Instagram tapi aku pilih 7 filem ni sebab aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaa gila dan memang sentiasa ada dalam list my most favourite film ever...!
Pernah orang minta suggestion aku nak tengok filem hindustan apa eh..? yang releks.. yang boleh layan.. yang tak ada scene guling-guling kat taman bunga dalam hujan.. Yang realistik.. Yang fresh.. Yang ada story line best dan excitement... Aku akan suggest filem-filem ni :
ZINDAGI NA MILEGI DOBARA (2011)
Filem lakonan Hrithik Roshan, Farhan Akhtar, Abhay Deol dan Katrina Kaif. Ada Naseeruddin Shah juga dalam filem ni. Jalan cerita jenis travel and explore. Memang kesukaan aku lah. Sambil tengok movie sambil dapat tengok negara orang. Tambah pula lokasi shooting semua cantik-cantik. Memang segar mata sepanjang tontonan. Paling penting sebenarnya mesej persahabatan dan kehidupan yang nak disampaikan. Deep oii.
Baca review ringkas aku kat IG : Zindagi Na Milegi Dobara (klik)
THE SKY IS PINK (2019)
Ini filem kekeluargaan penuh kasih sayang, pengorbanan, persefahaman dan selautan airmata. Memang cerita ni ending sedih gila. Tapi ada juga lucu, manis dan romantisnya. Based on true story. Lakonan dan feel semua pelakon adalah cemerlang -- yang buat filem ni kuat dan mantap, selain jalan cerita itu sendiri yang penuh inspirasi dan mengharukan.
Antara persembahan terbaik Priyanka Chopra dan Farhan Akhtar : The Sky Is Pink (klik)
SHAADI MEIN ZAROOR AANA (2017)
Ini filem pertama yang buat aku jatuh cinta kepada Rajkumar Rao dan sampai hari ni aku peminat dia. Filem yang mengikat emosi naik dan turun. Filem ni membawa mesej sederhana. Isu yang sama diulang tayang sahaja tapi dipersembahkan dari sudut yang berbeza. Dan yang buat filem ni best sebab ada plot twist tu. Kebabomm...! bijak penulis cerita ni, mesej jelas tak overdramatic.
Please bagi peluang kepada filem ni : Shaadi Mein Zaroor Aana (klik)
DIL DHADAKNE DO (2015)
Ini filem menghiburkan. Kelakar bijak. Sinis. Konflik berlapis. Hipokrasi. Diskriminasi. Love and family -- semua ada dalam filem ni. Penonton di bawa belayar dalam kapal mewah sambil bercuti ke Turkey dan bergelumang sama dalam jiwa-jiwa penuh drama dan emosi. Yupp..! highly recommanded untuk siapa yang suka filem ala travel dan dramatic.
Ramai pelakon hebat bergabung dalam filem ni : Dil Dhadakne Do (klik)
ANDHADUN (2018)
Filem ni pernah viral beberapa tahun lepas. Ramai suka dan puji jalan cerita yang banyak plot twist dan mendebarkan. Memang mengkagumkan. Pada aku filem ni best sebab brilliant menyusun konflik demi konflik. Tambah pula lakonan Ayushman Khurana dan Tabu sangat mantap serta meyakinkan. Filem ni pun wajib tonton untuk mereka yang suka filem genre penyiasatan, laju dan tak malas berfikir.
Filem tentang lelaki buta yang menjadi mangsa dan pemangsa : Andhadhun (klik)
LUDO (2020)
Ini juga filem yang banyak konflik berganti-ganti dan saling berkait mengait. Sebab ada banyak cerita dalam satu cerita. Ada banyak insiden dan kebetulan-kebetulan yang luce serta menakutkan. Aku serius enjoy tengok movie ni. Walau ada babak perlu di tapis tapi seiring kematangan, jalan cerita filem ni boleh diterima dan banyak mesej di sebaliknya yang boleh di ambil.
Untuk yang suka filem penuh roller coster, ini satu lagi pilihan menarik : Ludo (klik)
HASEEN DILLRUBA (2021)
Ini filem cinta penuh halangan dek ego dan kebodohan. Tapi digarap kemas dengan plot twist yang berani. Filem ni pun pernah viral sekejap masa baru-baru keluar di Netflix. Kekuatan filem ni atas lakonan dan perjalanan cerita yang lain dari lain. Story line dia strong dan ending yang bikin rasa puas. Aku memang suka Vikrant Messey -- dia pelakon versatile. Dalam filem ni mutu lakonan Vikrant di angkat satu tangga lagi.
Siapa ada Netflix, jangan lepaskan peluang rasai pengalaman : Haseen Dillruba (klik)
Ada lagi beberapa filem yang aku sempat review di Instagram, kalau sudi boleh pergi explore kat sana. Aku jarang-jarang update Instagram pun jadi tak banyak sangat post. Kalau sudi follow lah sekali, boleh support-menyaport :p
Selamat berkenalan : @ainnurhrs
REVIEW FILEM DI REELS DAN TIKTOK
Mungkin orang zaman sekarang dah malas nak baca blog atau simply sebab mereka memang malas membaca. Mereka lebih suka orang bagitahu direct depan muka review atau ringkasan atau sinopsis satu-satu filem tu. Sebab tu sejak kebelakangan ni, platform Reels dan TikTok pun dah melambak influencer buat review filem. Aku follow juga sesetengah mereka yang suka buat review filem di Reels dan TikTok tu sebab ada yang betul-betul menarik, tapi macam aku taip awal-awal tadi lah -- tak puas..! Setakat bagi rating untuk satu-satu filem, itu bukan review filem. Belum masuk cerita influencer yang buat review filem secara "tangkap muat" sahaja. Hanya nak raih view tinggi semata-mata. Sedih.
Tapi nak buat macam mana kan.. zaman kegemilangan blog dah berlalu. Sekarang semua beralih kepada Instagram dan TikTok. Kita pun perlu bergerak mengikut peredaran zaman dan cubalah catch up seberapa yang boleh. Selebihnya kita jadi diri sendiri dan stick dengan apa yang kita selesa je lah. Itu lebih menenangkan jiwa dan perasaan :)
...
2 Comments
Nanti try tengok 'Karthik Calling Karthik'. Antara filem Hindi thriller yang best. Kalau travel romance saya suka sangat 'Tamasha'
ReplyDeleteOhh.. filem Karthik tu mcm pernah terbaca review tapi belum tonton lagi. Nanti nak cari lah sebab ada Deepika Padukone kan :)
Deletefilem Tamasha dah review dalam blog ni. memang suka juga filem Tamasha tu cuma kena tengok ulang2 baru dpt feel.. hehehee..
...