Aku berjaya menempatkan diri di bangku panggung wayang pada hari ketiga tayangan filem Mat Kilau ni. Kali ni aku terpaksa memilih TGV kerana faktor showing time yang lebih praktikal untuk Muslim. Kenapa pilih nak tonton Mat Kilau? sudah semestinya kerana trailer yang super kebabomm. Syabas..! kredit penuh aku bagi kepada siapa yang buat trailer tu. Meremang bulu roma dan berjaya seret aku ke panggung tanpa nafsu nafsi. Dan selepas selesai menonton filem ni, aku keluar dengan penuh kepuasan sebagai seorang penonton.
Hari ni, filem Mat Kilau sudah box office dan meletop-letop. Sana sini orang bercakap tentang filem ni. Semua platform sosial media pun penuh dengan review filem ni. Masing-masing ada cara tersendiri nak memberi komen dan pendapat. Kita raikan pandangan dan teguran semua. Demi kelangsungan industri filem tempatan yang lebih baik.
Tak perlu rasanya aku review lagi, tapi sebagai tanda kenang-kenangan untuk rekod peribadi.. aku abadikan juga corat-coret di sini supaya satu hari nanti jadi bacaan aku semula dan mungkin bisa membuatkan aku tersenyum atau menitiskan airmata.. siapa tahu kan.. :)
![]() |
Mat Kilau (2022) |
MAT KILAU (2022) | KEBANGKITAN PAHLAWAN
Aku bukanlah orang yang hafal sejarah sangat. Kisah Mat Kilau ni aku tahu tak tahu je lah. Tak study apa pun sebelum masuk panggung. Aku mati-mati ingat ni filem biografi Mat Kilau daripada kecil sampai muncul jadi tokoh pejuang. Rupanya aku silap. Ini bukan filem untuk belajar sejarah. Tapi ini filem untuk membuka mata dan hati kita agar kenal dan faham sejarah. Filem yang dibuat untuk membakar semangat dan meniupkan jiwa pejuang dalam diri kita generasi yang dah lama lupa dan lalai.
Ini action movie yang cemerlang..! Semua action scene dibuat dengan terancang dan nampak real giler. Persembahan seni silat tu sendiri mantap. Untuk aku yang tak tahu sangat tentang seni silat, aku percaya bulat-bulat itu lah silat paling hebat di atas muka bumi ni. Bergulung-gulung tahniah buat chreographer action filem ni iaitu Yayan Ruhian (yang juga berlakon sebagai Toga).
![]() |
Yayan Ruhian sebagai Toga |
Ada orang komen pasal camera shaking masa action scene. Macam shooting guna gopro je katanya. Tapi pada aku tak ada lah teruk sangat shaking atau huru-hara tu. Okey je. Masih boleh layan dan buat aku duduk tegak atas kerusi panggung tu. Nak kerdip mata pun rasa rugi, takut terlepas scene best. Aku rasa tu teknik cameraman lah, bukan saje-saje dia buat shaking tu.
So, overall filem Mat Kilau ni menang besar tang action scene. Memang boleh puji dan dibanggakan. Yang akan buat filem ni bernilai tinggi dan menjadi bualan untuk satu tempoh yang lama nanti. Atau mungkin selama-lamanya. Bila kita asebut je filem Mat Kilau -- orang akan bercakap tentang action scene yang power. Terbaik setakat ni.
SCENE MEROBEK EMOSI
Pada aku, selain action scene yang mantap -- ada dua scene emosi yang dipersembahkan dengan cemerlang. Berjaya buat aku berlinang airmata sambil menahan sebak yang maha berat. Kedua-dua scene tu dipersembahkan oleh Beto Khusyairi sebagai Wahid. Tak ada apa aku nak tambah lagi. Beratus ribu pujian ditimba untuk lakonan Beto dalam filem ni. Aku setuju semua...! Syabas...!
![]() |
antara persembahan terbaik Beto |
Lakonan Adi Putra sederhana cemerlang. Mungkin sebab dah boleh dijangka memang watak Mat Kilau akan success di tangan Adi Putra. Aku nak tengok lakonan dia yang luar biasa. Yang di luar jangka. Yang mampu buat aku terigau-igau atau teringat-ingat. Tapi sayangnya tiada. Dalam filem ni Adi Putra deliver dengan baik. Itu sahaja. Atau mungkin aku memang bukan peminat Adi Putra jadi aku sedikit bias.. hahahaha..!
Sebaliknya lakonan Fattah Amin berjaya mencuri perhatian aku. Dah la handsmoe giler dengan rambut panjang dan set memanah terpaut di belakang. Action scene dan body language dia pun padu teruk. Walaupun pakai double body tapi okey lah. Tak kayu langsung pula si fattah ni kecuali ada satu scene sedih-sedih tu agak awkward la.. hahahaha.. pun begitu, aku boleh tutup sebelah mata je lah. Lakonan si Johan Ashaari pula macam dibuat tangkap muat. Watak Yassin jadi kelakar seram dan skeptikal gila sampai buat penonton gelak berjemaah untuk secene yang sepatutnya serius dan sedih.. so faham-faham sendiri betapa failed nya..! :p
![]() |
pastinya yang terbaik daripada Fattah Amin so far |
Lakonan pelakon berpengalaman yang berbaris dalam filem ni nampaknya bercampur-campur. Ada yang bagus, ada yang merepek dan selebihnya ramai yang tenggelam. Kalau aku boleh pilih scene paling boring dan patut dibuat semula, aku pilih semua scene yang melibatkan para pembesar negeri tu. Carca marba giler scene mereka. Sayanglah kebolehan Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hasaan, Shaharuddin Tambhy, Namron dan A. Galak macam tersia-sia sahaja.
KELEMAHAN FILEM MAT KILAU
Bab skrip yang skema macam pembaris masih terdengar jelas. Syamsul masih sangat-sangat lemah bab tu. Walaupun pengisian mesej di dalam skrip tu kuat, bagus dan penuh patriotisme tapiiiiiii bila tidak disulam dengan keindahan lenggang lenggok bahasa -- skrip tu jadi "keras". Tak sedap menjadi halwa telinga. Ada sesetengah scene pula dialognya terlalu panjang dan meleret-leret. Hilang momentum. Paling ketara usaha Syamsul nak selitkan dakwah dalam filem epic action. Maaf, pada aku terlalu berlebih-lebih dan terlalu tegak.
Syamsul dah buat Munafik dan Munafik 2 -- dua filem yang sarat mesej dakwah. Cukuplah tu. Dalam Mat Kilau nak selit sikit-sikit dakwah, okey lagi. Tapi bila berlebih-lebih tu aku 'lemas' dan tercari-cari di mana rasionalnya. Aku tak rasa orang-orang zaman 1890-an dulu-dulu cakap macam tu..?! Nampak beria-ia sangat nak 'Islam'kan filem epic, kena berhati-hati takut nanti hilang patriotisme filem tu bertukar jadi filem dakwah yang tak sampai pula. Sedih dan merugikan.
![]() |
entah berapa lama mereka berlatih untuk scene berlawan -- banyak pula tu..! |
Satu lagi, ketelitian dalam pembinaan set dan kostume. Memang nampak sangat prop dan set tu dibuat baru untuk shooting filem. Rasa macam tonton persembahan pentas zaman sekolah dulu. Pasar bersih. Jeti pun bersih kemas. Nampak sangat kayu baru potong. Macam bilik pameran pun ada. Kelakar pula bila diingat-ingat. Lokasi lombong emas tu pun nampak kosong giler, nampak sangat baru diterangkan untuk filem ni. Tak real dan tak ada jiwa.
Skrip dan set sahajalah yang aku nak komen dan harap sangat-sangat Syamsul dan team penerbitan akan ambil maklum then buat yang lebih baik selepas ni. Mungkin Syamsul perlu serahkan tugas menulis dan menggarap skrip di tangan orang yang lebih berseni. Pemilihan set dan perincian pun Syamsul patut ambil team lebih berpengalaman.
Kalau dibandingkan filem Mat Kilau dengan filem Puteri Gunung Ledang (2004), filem Mat Kilau ni menang tang action scene sahaja. Tapi dari sudut artistik dan epic serta betapa besar dan gahnya sebuah filem tempatan -- aku masih rasa filem Puteri Gunung Ledang terbaik setakat ni. Kalau nak bandingkan pula filem Mat Kilau dengan filem Merong Mahawangsa, Leftenan Adnan, Embun (sekadar menulis mana yang teringat) -- ya, Mat Kilau menang jauhhhhh...! :)
![]() |
Syamsul Yusuf sebagai pengarah |
KESIMPULAN ULASAN
Yang paling best tentang filem Mat Kilau ada 3 sahaja. Pertama ; action scene. Kedua ; ada scene yang buat kau teruja, ada scene buat kau menitis airmata, ada scene buat kau meremang bulu roma dan ada scene buat kau tertampar. Gabung semua tu -- jadilah filem epic action terbaik bergelar Mat Kilau. Ketiga ; ia filem yang membakar semangat dan membuka mata. Tak perfect. Banyak longgar terutama penyampaian jalan cerita. Tapi ketidak sempurnaan tu lah yang membuatkan filem Mat Kilau ini istimewa. Aku percaya filem ni akan terus jadi bualan generasi ke generasi kerana impak yang ditinggalkan kepada penonton. Memang berdebar-debar satu badan lepas tonton filem ni. Petanda filem itu bagus dan berkesan.
Selepas Munafik, ini adalah pencapaian paling membanggakan untuk Syamsul Yusuf.
Aku harap dia akan terus belajar dan terus memberikan yang terbaik untuk industri. Kita dahagakan kelainan dan keberanian dalam filem-filem yang akan datang. Keep it up...! :)
...
6 Comments
Tahniah semua pendukung filem Mat Kilau
ReplyDeleteKan..? kejayaan filem mat kilau ni adalah kejayaan satu team. tahniah..! :)
DeleteYe, betul lah tu. Fattah Amin handsome . hahahaha
ReplyDeletehahahaha... naik la saham dia lepas ni :)
DeleteMeletop Filem Mat Kilau ni. Ramai yang dah tengok. Bagus juga buat cerita macam ni sesekali kan. Asyik cerita cinta jemu jugak penonton tengok.
ReplyDeleteSetuju sangat. Harap lebih banyak filem penuh pengisian macam Mat Kilau ni kan :)
Delete...