RRR | Pertembungan Api Dan Air

Alang-alang aku review tentang filem Mat Kilau sebelum ni, nak juga aku selitkan review ringkas aku tentang filem Telugu epic terbaik 2022 dalam blog ni. Kebetulan filem RRR ni pun duduk dalam genre yang lebih kurang sama dengan filem Mat Kilau iaitu epic, action and drama. Kebetulan kedua, filem RRR ni pun filem garapan berdasarkan kisah benar tokoh pejuang kemerdekaan di India. Cuma dalam filem RRR ni dua tokoh digabungkan di dalam satu filem.

Dua watak di dalam filem ini iaitu Rama Raju dan Bheem dipersembahkan dengan seimbang. Dua-dua hebat. Dua-dua kuat. Dua-dua membawa misi besar dan dua-dua mempunyai kekuatan luar biasa. Tapi kedua-duanya digambarkan membawa dua unsur berbeza iaitu Api dan Air.

Pengalaman menonton filem berdurasi lebih 3 jam ini di Netflix adalah suatu pengalaman roller-coaster yang sangat menarik, menghiburkan dan menginspirasikan sekali.


RRR movie, The best Telugu movie 2022
RRR movie on Netflix


RRR (2022)

Filem arahan pengarah terkenal S.S.Rajamouli ini menepati jangkaan ramai apabila beliau sekali lagi berjaya mempersembahkan sebuah filem epic fantasy yang gah dan memukau. Selepas berjaya mengarahkan filem box office Baahubali dan Baahubali 2 sebelum ini, S.S.Rajamouli ternyata cemerlang dengan RRR dan sekali gus meletakkan dirinya dalam level yang jauh lebih tinggi berbanding pengarah filem aksi yang lain. Aku sendiri teruja nak menonton filem ni sebab S.S.Rajamouli dan selepas ramai yang review kata filem ni best giler, kalah Baahubali katanya.

Standard filem-filem south indian, part action dengan visual effect memang mind blowing. Tolak tepi dulu bab logik atau realistik, tapi kalau tonton filem Telugu dalam genre action selalunya memang puas hati. Dia punya action scene kaw-kaw. Dibantu pula dengan visual effect dan stunt -- terbang sana terbang sini, meletup sana meletup sini, bertumbuk bergasak dengan sound effect dush-dush-dush -- kebabomm habis..!! Gila. Memang gila filem ni.


RRR movie, The best Telugu movie 2022
epic - action - drama - friendship


PERTEMBUNGAN DUA UNSUR : AIR DENGAN API

Watak Rama Raju yang dilakonkan oleh Ram Charan ; seorang pegawai Indian Imperial Police yang bertugas di bawah telunjuk British yang menjajah India pada masa itu. Rama Raju mewakili unsur Api yang digambarkan sebagai seorang yang bersemangat bara, berani, kuat, nekad dan berfikiran strategik. Rama Raju berusaha mencapai impiannya untuk membalas dendam. Tak ada apa-apa dan siapa-siapa yang boleh menjadi penghalang Rama Raju melunaskan dendamnya sehinggalah dia berjumpa dengan Bheem secara tidak sengaja dalam satu insiden.

Watak Bheem pula dilakonkan oleh N.T. Rama Rao Jr. ; seorang ketua tribal yang tinggal di dalam hutan terpencil. Bheem terpaksa keluar ke bandar dan menyamar sebagai rakyat biasa kerana ingin menyelamatkan seorang kanak-kanak bernama Malli yang telah "diculik" oleh penjajah British. Bheem mewakili unsur Air dan digambarkan sebagai seorang yang kuat namun tenang, penyabar dan agak lurus.

Pertembungan dua unsur terbesar ini lah yang menjadi kekuatan sebenar filem RRR. Antara Api dengan Air -- kedua-duanya mempunyai kekuatan tersendiri dan kelebihan luar biasa. Namun dalam masa yang sama kedua-duanya complement each other. Bila bertembung tak ada yang akan menang kerana dua-dua berkuasa tetapi apabila kedua-duanya bergabung -- tiada yang mampu menahannya.


RRR movie, The best Telugu movie 2022
Rama Raju dan Bheem


PERSAHABATAN DAN BALAS DENDAM

Aku memang puji habis filem ni kerana semua elemen seimbang dan nampak cantik sekali di layar. Bukti bahwa pengarah, penulis skrip, lakon layar, team produksi dan barisan pelakon -- semua buat homework yang teliti dan bekerjasama dengan baik. Gabungan semua ini menghasilkan filem epic RRR yang boleh dibanggakan. Walaupun begitu masih ada beberapa elemen boleh ditambah baik terutama bab plot yang sedikit terkejar-kejar bermula pertengahan hingga tamat cerita.

Lakonan kedua-dua pelakon utama filem ni adalah amat memuaskan dan cemerlang sekali dalam cara masing-masing. Ada masa aku sokong Bheem dan ada masa lain aku terpaksa sokong Rama Raju. Skrip dan screen time nampaknya dibahagi sama rata jadi dua-dua watak boleh menyerlah tanpa ada salah satu over shadow.


RRR movie, The best Telugu movie 2022
Ram Charan dan N.T. Rama Rao Jr.

Scene sedih dan drama juga digarap kemas dan tidak berlebih-lebih. Tapi berjaya buat aku menitiskan airmata juga sebab scene dan skrip 'bro-romance' dalam filem ni bikin syahdu. Boleh rasa persahabatan Rama Raju dengan Bheem tu macam real. Paling best, ini bukan cerita dua hero berebut sorang heroin. Bukan ya..! filem ni tak cliche macam tu.

Unsur patriotism dalam filem ni juga agak cemerlang. Penjajah British dalam filem ni digambarkan jauhhhhhh lebih kejam dari dalam filem Mat Kilau. Tapi suasana tertindas di kalangan rakyat India waktu tu tak berapa ditonjolkan. Hanya fokus pada watak Rama Raju dan Bheem sahaja. Jadi sebagai penonton kita tak boleh nak relate sangat feel melawan penjajah tu. Kita kena jadi Rama Raju atau Bheem lah kalau nak betul-betul feel patriotism dalam filem ni.


RRR movie, The best Telugu movie 2022
unsur Api dan Air yang saling melengkapi

Aku suka semua scene persahabatan Rama Raju dengan Bheem. Kembang hati aku tengok mereka berbaik. Sweet gila. Lagu yang Nacho Nacho (click to watch) tu best. Enjoy gila aku tengok. Dua-dua hero ni menari smart and sharp habis wehh...! Shivaji The Boss tengok pun kagum tau.. hahahhaa.. :p

Lakonan Alia Bhatt dan Ajay Devgan sebagai watak tambahan pun boleh tahan membanggakan juga. Walau tak banyak sceen pun tapi berjaya meninggalkan impak. Tahniah lah. Harap dapat tengok lebih banyak filem-filem yang melangkaui sempadan macam ni. Pelakon South dan North India bergabung -- mantap dan menaikkan nilai komersial filem tu sendiri.


RRR movie, The best Telugu movie 2022
RRR movie scene

OVER DOING IT

Filem ni ada beberapa plot twist. Jadi ada beberapa kali kejutan dan klimaks yang bersusun-susun. Bersedia untuk merasai emosi ups and down. Dia macam perasaan "ehhh.. ingat dah habis, rupanya panjang lagi ceritanya."  Dan aku rasa, ada beberapa moment yang longgar dan lost sikit. Maybe sebab semua benda pengarah nak sumbat dalam filem ni, agak over-doing lah sikit.

Story line pun jadi terlalu sarat dan susah nak maintain momentum dengan baik untuk lekat ke hati penonton. Part ni aku rasa kena potong markah sikitlah untuk filem RRR. Berbanding filem Baahubali yang lebih success pegang emosi dan keterujaan penonton dari mula sampai tamat cerita. Dalam RRR ni, aku sedikit sakit hati bila pengarah drag jalan cerita ni jadi panjang meleret hanya untuk make up watak Rama Raju dan Bheem tu bagi nampak lebih powerfull. Then wujudkan konflik berlebih-lebih yang tak perlu pun, sedangkan diaorang boleh berbaik dan bersatu lebih awal kot. Ehh.. geram..!


KENAPA RRR WAJIB DITONTON

Untuk peminat filem epic gah dan action pack -- wajiblah masukkan filem RRR ni dalam list wajib ditonton. Pasti tak mengecewakan. Keseluruhan cerita memang memuaskan dan menghiburkan. Tak sempat nak boring sangat walau ada beberapa scene slow dan emotional. Visual effect dalam filem ni boleh diterima walau masih boleh diperkemas lagi. Kalau bandingkan dengan Baahubali -- aku boleh kata 50-50 lah. Tiga-tiga filem ni ada kekuatan dan kelebihan masing-masing. Kena tengok tiga-tiga baru rasa puas maksima.

Adakah Bheem berjaya menyelamatkan Malli..? Adakah Rama Raju berjaya membalas dendam..? Bagaimana Bheem dan Rama Raju bertemu, bersahabat, kemudian mengetahui kebenaran hingga terpaksa bermusuhan..? Apakah akhirnya Bheem dan Ram Raju kembali bersahabat dan bersatu melunaskan misi masing-masing atau apakah Bheem dan Ram Raju akan saling berbunuhan demi kepentingan peribadi..? Api dengan Air -- bisakah bersatu..?? Anda mesti tonton filem ini dan enjoy the roller coaster sampai habis.

Untuk tahun 2022 filem RRR adalah terbaik so far.





sumber pic : google meet


Post a Comment

2 Comments

  1. Poster dan cinematography dia cantik. Puas hati kalau tengok. Cerita best memang orang layan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul.. memang begitu kekuatan filem Telugu.. story telling dia power dan tak cilche macam filem hindustan.. hehehehe.. :)

      ...

      Delete